0
Orang Memberi Komen

Hadiah Topeng Super Hero Dari Drypers



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 22 Disember 2015


Kepada ibu bapa di luar sana terutamanya yang selalu sangat beli pampers jenama Drypers untuk anak-anak, korang ada tak mendaftar di laman web Drypers? Tak rugi tau kalau daftar sebab dalam laman web tu ada macam-macam yang korang boleh tahu terutamanya berkaitan produk-produk yang dikeluarkan oleh Drypers. Cikgu Faiz pon baru je berjinak-jinak dengan laman web ni. Tiba-tiba dapat pulak email yang mengatakan Cikgu Faiz telah memenangi satu hadiah istimewa daripada Drypers. Hihi. Siapa tak suka kalau dapat hadiah kan.




Itulah hadiahnya. Topeng super hero. Hihihi. Excited jugak dapat topeng ni sebab cantik sangat. Kain tebal dan tahan lasak. Rasanya Cikgu Faiz dapat sebab 'terdaftar' kod pampers pada 15hb kalau tak silap. Sebabnya pihak drypers ada bagitau kalau kita daftar pada tarikh tu setiap bulan, diorang akan pilih pemenang bertuah untuk menerima hadiah istimewa. Wow! Best kan.




Mula-mula bagi abang Hakim rasmi dulu topeng super hero tu. Nak keluar beli barang pon dia bawak sekali topeng tu. Dah macam mask of zorro je Cikgu Faiz tengok. Hahaha. Sampai tertidur sekali dengan topeng.




Giliran Hannani pulak melaram dengan topeng super hero. Tak nak kalah jugak dengan abang dia tapi biasa la Hannani bukan boleh pakai lama benda-benda macam ni. Sedangkan ikat rambut pon tak sampai setengah jam dah dibukanya, inikan pulak topeng ni. Hahaha. Cikgu Faiz tak pasti sama ada hadiah ini masih ada atau tidak tapi korang boleh cuba mendaftar di laman web drypers di bawah ni.




P/S : Lain kali kalau beli pampers drypers jangan lupa daftar kod yang ada pada plastik pampers tu. Cara-caranya ada ditunjukkan di laman web drypers. Bila dah cukup point, korang boleh tebus barang-barang yang korang suka. Berbaloi jugak kan. Beli dan menang. Hihihi. Kadang-kadang diorang ada buat kuiz dekat laman web tu. Cikgu Faiz tau pon sebab dapat notification melalui email dari drypers. Kalau tak memang tak tahu jugak. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
0 Comments

0 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...