Makan Buah, Sayur Elak Perut Buncit




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 04 Mac 2016


Mendapatkan perut yang kempis bukan hanya bergantung kepada aktiviti senaman sahaja, malah pengambilan diet yang seimbang secara konsisten setiap hari juga boleh membantu. Justeru, lebihkan makanan yang diketahui mempunyai khasiat yang banyak dalam sayuran dan buah berbanding hidangan yang tinggi lemak serta berminyak.


Ubah kegemaran mengambil snek yang tidak sihat dengan buah yang pastinya memberi manfaat kepada individu yang mahu mendapatkan perut menarik terutamanya bagi melancarkan proses pencernaan. Terdapat beberapa jenis buah yang boleh diamalkan bagi membantu mengurangkan masalah perut buncit. Panduan yang dikongsi ini mungkin dapat membantu memberi idea menarik untuk menjadikan amalan sihat dengan menikmati buah sebagai snek harian.




  • Tembikai


Buah yang kaya dengan air ini akan membuatkan kita kerap membuang air kecil, sekali gus membantu mengeluarkan garam di dalam tubuh yang menyebabkan perut kembung.







  • Pisang


Pisang yang kaya dengan kalium dan potasium boleh membantu mencegah pembentukan gas di dalam perut di samping boleh mengeluarkan angin. Pisang juga membantu membuatkan perut menjadi kenyang sehingga mampu mengawal pengambilan makanan yang berlebihan.







  • Avokado


Avokado kaya dengan kandungan enzim lipase yang bagus untuk pencernaan iaitu membantu memecahkan lemak dan memindahkan makanan daripada perut ke usus, sekali gus mencegah angin dalam perut.







  • Nanas


Buah nanas kaya dengan enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuatkan perut tampak kempis. Nanas juga membantu membersihkan usus daripada lemak yang berkumpul dan sisa lain ketika proses pencernaan.







  • Betik


Proses pencernaan yang lancar memberi manfaat kepada badan khususnya perut kerana ia membantu bahagian berkenaan tidak buncit. Justeru, sekiranya mengamalkan makan buah betik setiap hari, ia dapat mengelakkan gangguan sistem pencernaan.


Sumber :: Harian Metro > 25 Februari 2016
Gambar ihsan Google


Yang menaip,
Cikgu Faiz     

2 comments:

Hana said...

apa rasa buah avokado ek.. cm keras ja isinya hehe

Cikla Shahril said...

Haah.. cikla pun tak pernah mkn buah avokado. Buah kiwi tu pernah jugaklah... itu pun dh buat jus.. hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...