1
Orang Memberi Komen

Fenomena Air Kopi Pelbagai Perisa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 08 Mac 2016


Sekarang ni cuaca panas betul pada waktu siang. Kebetulan pulak sekarang ini ramai peniaga yang mula berniaga air kopi pelbagai perisa. Dengan lambakan ais yang banyak. Fuhhh.... nikmatnya tak terkata kalau dapat minum untuk menghilangkan dahaga. Kalau dekat Puchong ni memang banyak booth yang jual air ni. Dah macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Nama pon ada macam macam versi. Hihi.




Ini salah satu air kopi yang Cikgu Faiz pernah cuba. Tapi rupa macam air coklat. Cikgu Faiz pon dah lupa. Haha. Booth berdekatan dengan Aeon Big Puchong Utama. Rasanya inilah saiz yang paling besar Cikgu Faiz pernah beli. Harga RM5.





Ini pulak air perisa vanila coklat. Yang ni murah sikit RM4.50 je sebab saiznya kecil sedikit berbanding di atas. Air ni beli dekat Puchong Perdana kalau tak silap. Dah lupa sebab lama sangat gambar-gambar air ni tersimpan dalam handphone. Huhu. Selain tu Cikgu Faiz ada juga beli di tempat lain tapi tak sempat nak ambik gambar.


Air macam ni kalau sekali sekala boleh la minum sebabnya anak-anak memang suka dengan air berais macam ni terutamanya Hannani. Nak nak bila batuk jangan harap Cikgu Faiz nak beli walaupun Encik Suami sibuk mintak belanja air ni. Huhu. Hannani tu bila dapat sedut je tak nak berhenti siap berebut dengan abah dia. Hihi. Apa pun minuman berais memang tidak elok untuk kesihatan. Jangan minum selalu ye. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
1 Comments

1 orang comel dah komen:

CikLa Shahril said...

Haah... mmg trend dh kot org jual air ni. Jgn x tau, kt kg tmpt cikla stay ni pun ada org jual. Rm4 je besar mcm gmbr first tu. Cikla pulak dh mcm ketagih pulak kalau x minum sehari. Lepas hantar anak g skool ptg, mesti singgah beli satu... hehe... pbwkan kot... btw cikla singgah jln2 sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...