Review Drama Korea | ONLY YOU



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 14 Mac 2016


Baru-baru ini Cikgu Faiz telah tamat menonton satu lagi drama korea. Dah lama giler kot Cikgu Faiz beli VCD ni tapi baru tahun ni dapat menonton sehingga tamat. Haha. Sebabnya masa mula-mula tengok tu rasa macam tak best langsung cerita ni tapi bila dah masuk VCD kedua dan seterusnya mula la rasa ingin tahu apa kesudahan cerita ni. Hihi. Jadi, mari baca sinopsis cerita ini mana la tahu boleh dijadikan koleksi drama korea kesukaan korang kan. 
 
 


Drama korea ONLY YOU dibarisi pelakon-pelakon utama seperti Jo Hyun Jae sebagai Han E-Joon, Han Chae Young sebagai Cha Eun Jae, Lee Cheon Hee sebagai Jung Hyun Sung dan Hong Soo Hyun sebagai Ji Soo Hyun.




Segalanya bermula apabila Cha Eun Jae yang terlalu minat memasak pergi ke Itali untuk mencari seorang wanita untuk mempelajari satu resepi spegeti. Pada masa yang sama dia bertemu dengan seorang lelaki sombong iaitu Han E Joon yang turut mencari wanita tersebut. Dengan tak disangka-sangka mereka berdua terlanjur di Itali. Selepas kejadian itu, datang seorang lelaki (Jung Hyun Sung) yang mendakwa dirinya adalah teman lelaki Cha Eun Jae. Han E Joon kecewa setelah mendengar pengakuan lelaki itu dan dia akhirnya pulang ke korea.


Selepas enam tahun, Cha Eun Jae bertemu kembali dengan Han E Joon. Han E Joon sememangnya telah lama mencari Cha Eun Jae kerana teringatkan spegeti mentega bersos cili yang pernah dimasak oleh Cha Eun Jae enam tahun yang lalu. Demi untuk menyelamatkan restorannya daripada ditutup, Han E Joon telah mengupah Cha Eun Jae untuk menjadi tukang masak makanan barat di restorannya. Oleh kerana terdesak dan demi merealisasikan cita-citanya, Cha Eun Jae akhirnya bersetuju untuk menjadi tukang masak di restoran Italian N1.


Satu rahsia besar yang tidak diketahui oleh Han E Joon ialah dia sebenarnya mempunyai seorang anak hasil hubungannya bersama Cha Eun Jae enam tahun yang lalu. Hubungan di antara Han E Joon dan Cha Eun Jae semakin rapat dan ini membuatkan Jung Hyun Sung berasa cemburu kerana dia telah lama menyukai Cha Eun Jae. Hubungan di antara Cha Eun Jae dan Han E Joon telah mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga Han E Joon dan kemudian berlakunya konflik di antara mereka.


Ji Soo Hyun yang telah lama menyukai Han E Joon telah mengambil kesempatan ini dengan menawarkan diri untuk berkahwin dengan Han E Joon bagi menutup spekulasi media tentang hubungannya dengan Cha Eun Jae. Pelbagai cara dilakukan oleh Ji Soo Hyun untuk merenggangkan hubungan Han E Joon dan Cha Eun Jae (jahat giler kot Soo Hyun masa ni). Tentangan demi tentangan akhirnya Han E Joon dan Cha Eun Jae bersama anak mereka akhirnya bersatu dan hidup bahagia.




Macam yang Cikgu Faiz bagitau tadi, episod pertama memang agak membosankan. Tapi bila dah masuk episod yang kedua dan seterusnya mula nampak jalan cerita dan rasa nak tengok sampai habis. Hahaha. Apa pun, pengajaran daripada cerita ini ialah walaupun kita tak belajar tinggi sampai masuk universiti tidak bermakna kita tidak boleh berjaya. Kalau lihat pada watak Cha Eun Jae ni dia memang bercita-cita untuk menjadi tukang masak makanan barat yang terkenal dan sanggup bermula daripada menjadi tukang masak di restoran kecil dan menjadi tukang cuci pinggan sebelum dilamar untuk menjadi tukang masak di restoran terkenal.


Dalam drama ni kalau ada adegan yang tak elok tu jangan pulak kita ikut. Ambik yang baik-baik je. Hihi. Apa pun drama ni memang best dan sesuai sangat dengan mereka yang sangat cintakan dunia masakan. Sekian.




Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...