Hari ini.

Hello everybody. Hari ni adalah hari yg memenatkan kerana lepas abis kelas td ada plak meeting guru-guru yg menbincangkan tentang sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Lepas selesai meeting, aku dan Linda pergi membeli kelengkapan untuk pergi ke Temasya Sukan Prasekolah esok. Kami beli air mineral, air kotak, roti dan peti kecemasan (first aid).

Selepas tu aku berjalan ke carrefour. saje je la nk jalan2 sementara menunggu Ayahanda Bikers. Masa tgh menunggu tu belakang bdn aku sakit btl. terasa lmbt sgt ayahanda bikers sampai. bila ayahanda dh sampai aku pergi sekolah semula sebab nak ambil hamper utk sukan prasekolah. Memang penat giler la tak pasal2 kena ulang-alik. Hilang sekejap mood aku petang td. Rasa nak marah je. Mungkin sebab penat sgt kot ditambah dgn sakit belakang lg la btambah panas. huhuhu. Sekarang baru rasa ok skit sebab dah tido sekejap td.

Ok la. Setakat ini sahaja laporan utk mlm ni. Good night.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...