Gelang aku hilang :(

Assalamualaikum.... sedihnya rasa hati bila pulang dari tempat kerja aku dapati gelang aku hilang. Aku letak gelang tu betul2 kat tepi laptop aku ni. Malam tadi dah tergerak hati nak simpan tapi aku terlupa. Gelang tu aku tutup dengan kertas untuk mengelak orang daripada ternampak tapi sia2 kerana gelang tu hilang juga akhirnya. Sama juga dengan cincin kawin aku yang hilang selepas aku bersalin. Yang tinggal kini cincin merisik dan cincin bertunang. Aku sedih sangat. Benda tu amat bernilai kerana ianya pemberian suami tersayang suatu ketika dahulu sewaktu kami diijabkabulkan. Apa nak buat. Dah takde rezeki nampaknya. Aku sayang semua benda yang suami aku bagi biarpun barang tu tak mahal. Nampaknya rezeki tak berpihak pada aku. Aku pun cuai. Mood aku yang riang gembira tadi telah bertukar menjadi sedih. Papa, maafkan mama sebab tak jaga barang tu betul2. Mesti papa pon ralat kan. Hadiah perkahwinan dari papa mama dah hilangkan. Uwaaa....!!!

2 comments:

maizatul :) said...

lahh . camne boleh hilang kak ? tak ape sabar yee , :)

Dingdang said...

dah nak ilang kot.
sabar je la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...