Assalamualaikum.
Selama seminggu tanpa sebarang hubungan dengan dunia maya telah membuatkan CF kembali bersama hobi lama iaitu membaca novel. Ini merupakan novel terbaru yang CF baca. Novel ni CF beli masa dapat baucer buku tempoh hari. Selepas membaca novel ni CF terasa nak buat review berdasarkan apa yang CF faham mengenai cerita di bawah.
Cinta... Tiada Akhirnya merupakan kesinambungan daripada novel Ombak Rindu. Selepas segala-galanya selesai dengan kesudahan yang agak menggembirakan iaitu Hariz dapat bersama dengan Izzah, kini timbul pula masalah yang lain. Sikap Hariz masih tidak berubah. Selalu saja marah pada Izzah. Pantang ada kesilapan kecil, Hariz akan menunjukkan sikapnya ego itu. Namun, sikap romantik masih ada di dalam jiwa Hariz. Hihik.
Izzah pula masih dengan sikap baik hatinya. Sampai ada orang nak rogol dia pon taknak report polis. Grr... kononnya takut orang ramai tahu yang Hariz jumpa dia kat tempat pelacuran. Dah tu bila jumpa bapak saudara dia yang jahat tu (Taha) pon tetap taknak bagi tau Hariz. Maunya Hariz tak bengang. Konon baik hati sampaikan termakan dengan pujukan demi pujukan pakcik Taha. Eeeiii.. geram betul la dengan watak Izzah yang terlalu baik hati ni.
dalam cerita ni konon-kononnya Izzah ni ada kembar. dah makin berbelit-belit pulak rasanya. hehe. tapi apa-apa pun cerita ni kita okey la.
Dah penat menaip, jom teman CF minum nescafe jap :)
9 comments:
alo haritu cari tapi tk jumpa..sobsobs
@sis92
minat jugak eh...
haruslah..ombak rindu baca masa form 3 kot..tu pun lama nak tunggu turn sobsobs..dh cari 2.3 kedai gak tk jumpa pun ..ombak rindu cover baru tu banyaklah..
@sis92
haha.. sabar je lah.. teruskan mencari ye.
dah baca ^^
@♥ wawawawa ♥
hehe. best tak?
erk.. pet klu baca novel, nnti novel baca pet :P
dah lain dah dia punya cover, dulu beli lain. yang ketiga pon ada, tajuk dia rindu cintaku, best taw :)
@~~oOpEt~~
hahaha. biasa la tu. kalau baca confirm mengantuk punya.
LaLa : tengah baca ni :)
Post a Comment