Tersesat Jua Akhirnya....



Assalamualaikum.


Hari ni merupakan hari pertama saya menduduki peperiksaan di UPSI cawangan baru. Peperiksaan di jadual bermula pada jam 9.00 pagi. Pada hari ini juga saya terpaksa memandu bersendirian kerana suami bekerja. Mula-mula tu dia ada offer untuk hantar saya tapi saya buat jual mahal pulak. Konon nak test drive ke sana sendiri. 


Akan tetapi, nasib kurang menyebelahi saya apabila saya telah tersilap masuk lorong. Huhu. Apalah nasib saya ni? Habis la lambat sampai nanti. Hati saya dah risau sangat. Lepas tu saya nampak signboard yang tertulis perkataan IPOH dan tanpa membuang masa saya terus memecut secara berhemah. Debaran masih belum tamat apabila saya mendapati bahawa untuk sampai ke tempat yang dituju masih memerlukan 200 lebih kilometer perjalanan lagi. Arrggghhh !!! Sempat ke tak ni nak sampai sebelum pukul sembilan? Saya bertolak pada jam tujuh pagi. Saya hanya mampu berserah. Dengan tidak semena-mena saya telah berjumpa semula jalan untuk ke Tanjung Malim. Yeayyy!!! Fuhh... lega.... Saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga. 


Rupa-rupanya tidaklah jauh sangat untuk ke Tanjung Malim tu sebab ada 40 lebih kilometer saja lagi. Yang saya tengok tadi tu jalan untuk pergi ke Ipoh. Haha. Nak buat macam mana? Saya memang lemah bab jalan raya ni. Dah selalu pergi pon masih tak ingat jalan lagi.


Pengajaran : jangan jual mahal sangat. Kalau orang dah offer tu terima jer. Huhuhu

http://cikgufaizcute.says.com/recommendations/9tv-gig

9 comments:

Ayu said...

Kene ingat landmarks nih, baru tak sesat..heheehe..

Dingdang said...

@YaYaNsMuM a.k.a YM
yer.. hehe. main terjah jer. janji sampai.

Unknown said...

Hehe. Nasib sempat ^_^

zatul_yayah said...

hahax1 selalu juga camni,,kadang2 sampai ke tampat jaoh..><

Dingdang said...

@zatul_yayah
jauh perjalanan luas pemandangan. hehe.

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

elok org hantar,jln jauh2 tak sama dgn kat bandar.

Dingdang said...

@thomas
tu lah. hehe.
esok ada orang yang akan hantar. hehe.

Shida Radzuan said...

sis kaka saya pun kat UPSI gak sis sbaya kot bidang pun sma sis :)

Dingdang said...

@shida'R
ouh.. PJJ ker shida?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...