Hari Potensi Prasekolah 2012

Assalamualaikum.


Pada hari Khamis yang lalu, Cikgu Faiz telah membawa seorang murid Prasekolah bagi acara hafazan di SK Seksyen 27 (1), Shah Alam. Ini merupakan pertandingan Hari Potensi Prasekolah Peringkat Daerah Petaling Perdana. Sebelum itu, pertandingan peringkat zon telah diadakan di sekolah Cikgu Faiz mengajar. Terdapat tujuh acara yang dipertandingkan iaitu Nyanyian dan Gerakan, Tarian Kontemporari, Hafazan, Bercerita Bahasa Melayu, Bercerita Bahasa Inggeris, Ejaan Bahasa Melayu dan Ejaan Bahasa Inggeris.


Hanya murid ini sahaja yang layak ke peringkat daerah. Itupun kira nasib sebab dia dapat nombor 4. Mungkin sudah tertulis rezeki budak ni agaknya, masa bertanding peringkat daerah hari tu dia dapat nombor 4 lagi. Alhamdulillah. Saingan hebat-hebat belaka.


Masa pertandingan tu Cikgu Faiz sempat jugak la merakam bacaan murid ni. Yang tak puas hatinya bila handphone Cikgu Faiz ni tak rakam sampai habis. Buat spoil betul la handphone ni.



video


Dah dengar? Minta maaf la sebab surah yang terakhir tu tak habis bacaannya.




With ♥..,

2 comments:

shida'R said...

bagussnye...msti happy mak ayh dia tgk :)

Nurul Faiz Bikers said...

@shida'R
iya shida :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...