Jalan-Jalan Di Taman Botani, Shah Alam.

Assalamualaikum.


Sejak kebelakangan ni kaki Cikgu Faiz asyik nak berjalan je. Pantang ada cuti mesti nak merayap. Tak kisah la tempat tu dekat atau jauh Cikgu Faiz tak kisah. Janji dapat berjalan dan tenangkan fikiran setelah lima hari bekerja. Pagi sebelum Cikgu Faiz pergi tengok Floria sempat jugak la berjalan-jalan di Taman Botani Shah Alam (Bukit Cahaya Seri Alam). Ini merupakan kali yang pertama Cikgu Faiz datang ke sini. Tiket masuk murah je RM3 + rumah empat musim RM3. Jumlahnya RM6 seorang. Untuk budak-budak bawah umur macam Faqih masuk adalah percuma.


Masa mula-mula masuk tu teruja la jugak sebab tak pernah datang lagi. Huhuhu. Paling best Faqih la sebab dia seronok sangat dapat naik bas. Bonda dengan abah dah puas dah naik bas masa zaman kecik-kecik dulu hinggalah sekarang ni.


Jom tengok gambar....




Sebelum tangkap gambar Faqih apa kata tangkap gambar bonda dulu. Hehehe.




Faqih dah tak peduli dah bila orang ambik gambar dia. Langsung tak memandang.




Entah apa la yang ditengok oleh Faqih sampai dia tidak mempedulikan jurugambar (abah).




Masa ni dekat Taman Herba. Faqih suka sangat dapat tengok arnab ni. Tapi bila suruh pegang je takutttt... Hehe..




Suka Faqih tengok aksi-aksi haiwan jinak ini yang riang bermain.




Faqih tak nak pegang biar bonda ambik alih. Arnab ni agak liar sikit tu yang macam tak berani je nak dukung lebih-lebih. Tapi kan, bulu arnab ni tak melekat pon dekat baju Cikgu Faiz tak macam kucing yang bulunya mudah melekat pada baju.




Sayalah model pokok kucai... lalala...




Tak pandang kamera lagi.




Berehat sebentar...


Masa nak balik hari tu ada seorang wanita warga Arab memberi sesuatu pada Faqih. Oh, biskut kurma rupanya. Jeles abah Faqih punya peminat.




With ♥..,

9 comments:

zatul_yayah said...

eeiii...nk ikot nk ikot nk ikot~~

Nurul Faiz Bikers said...

@zatul_yayah
jom jom jom !! hehe

~~oOpEt~~ said...

waa.. best la faqih dpt biskut kurma :D

Nurul Faiz Bikers said...

@~~oOpEt~~
Faqih tak makan pon. abahnya yang makan. hahaha.

Lady Rina said...

mcm best je tempat ni..nanti nk bw hanim ngan danish p ctu...

thomas said...

Nampak ok lagi tmn botani ni.

shida'R said...

kak umur bape?? awat muka comei sgt hehee..xmcm ibu ibu dehh heheeee ~_^

Nurul Faiz Bikers said...

@shida'R
28 dah shida. hehe :p

sHaRiNa eLyaNa said...

oh..lau kat labuan taman botanika..smuanya tumbuhn2 xda haiwan..cm best ja..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...