Kasut Hilang :(



Assalamualaikum.


Sedikit letih setelah pulang dari sekolah dengan hanya berjalan kaki. Jalan kaki pon seronok apa. Boleh exercise kan tubuh badan ni. Biar keluar sikit peluh tu. Baru badan jadi sihat. Hehe. Padahal Encik Suami balik lambat hari ni. Nak tak nak terpaksa la jalan kaki kan. Hehehe.


Sebenarnya Cikgu Faiz nak meluahkan ketidakpuasan hati ini. Isk isk... Sayang seribu kali sayang, kasut yang telah dibeli oleh Encik Suami hilang pada beberapa hari yang lalu. Cikgu Faiz pon tak perasan bila masa kasut itu dah takde. Sedar-sedar masa pagi hari Selasa baru ni bila nak pakai dah takde. Dah puas memikir yang Cikgu Faiz takde pulak letak di tempat lain melainkan di luar pintu je. Huhu.


"Kasut tak lawa pon nak curi jugak ke?"


Itulah ayat Cikgu Faiz kepada Encik Suami. Dan Encik Suami berkata "lawa tuuu... kaler pink hitam lagii...".


Yang Cikgu Faiz terkilan sangat sebab kasut tu pemberian Encik Suami. Dia yang belanja. Agak-agaknya nak tak dia offer lagi untuk belanja kasut yang baru pulak? Tunggu je la. Nasib baik Cikgu Faiz tak buang lagi kasut lama tu. Nampaknya kasut lama itu begitu banyak berjasa kepada Cikgu Faiz di saat-saat kehilangan kasut baru. Apa nak buat? Dah takde rezeki.


Sebelum kehilangan kasut baru, Encik Suami ada mengingatkan Cikgu Faiz supaya menyimpan kasut itu di dalam rumah tetapi Cikgu Faiz berdegil mahu membiarkan di luar sahaja. Ha, itulah akibatnya kalau tak mahu dengar cakap suami. Kan kasut dah hilang. Huhuhu.




tinggal kenangan...




With ♥..,

5 comments:

~~oOpEt~~ said...

ish2.. plik la org skrg.. kasut pn nk curi.. huhu.. sabar la cf

Nurul Faiz Bikers said...

@~~oOpEt~~
tu la. berapa sangat la kalau jual kasut tu.. rezeki haram.

thomas said...

kemungkinan dah 'on sale' kat kasut second hand,
apa boleh buat,tinggal kenangan saja.

yus zana said...

kesian CF....takpelah itulah dinamakan takde rezeki plus cuai..hehehhe...sama la cam cikguleb....insya Allah dpt yg lagi mahai kot nanti

Nurul Faiz Bikers said...

@thomas
kena tunggu bonus la nampak gayanya.

cikguleb : harap-harap ada. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...