English Proficiency for Preschool Teachers (EPPT) 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 24 Jun 2014


Balik je dari sekolah tadi rasa macam tak sedap badan pulak. Rasa nak demam. Harap-harap jangan la demam dalam masa terdekat ini sebab hari Khamis ada Open Day dengan ibu bapa. Kalau tiba-tiba MC siapa pula nak menjawab dengan ibu bapa. Kena pulak tahun ni ibu bapa cengil cengil belaka. Pantang silap sikit mula la nak kecoh. Sabar je la. Asam garam kehidupan seorang guru macam tu la.


Hihi. Mukadimah panjang betul. Sebenarnya nak cerita tentang aktiviti di sekolah hari ini. Lepas habis kelas Prasekolah pada jam 12.00 tengahari bergegas pula ke SK Puchong Perdana untuk melaksanakan program mentor mentee untuk guru-guru Prasekolah. Program ini wajib dijalankan selama dua jam setengah.




Program ini akan berlangsung sehingga bulan September kalau tak silap. Dah lupa pula. Guru-guru pula diwajibkan untuk hadir pada setiap kali program ini dijalankan. Dalam sebulan tu ada la dua atau tiga kali perjumpaan. Program ini menyeluruh satu Malaysia. Khas untuk guru-guru Prasekolah sahaja. Hihi. Tujuannya untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Best juga program ini sekurang-kurangnya dapat juga menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru.




Untuk menghilangkan mengantuk jom kita bergambar sebentar. Hihi. Selepas program ini tamat akan ada peperiksaan dan mesti ada peningkatan sebanyak 30% tau. Huhu. Sebelum program ini bermula kami cikgu-cikgu prasekolah sudah menjawab soalan bahasa Inggeris ni. 40 objektif dan 1 soalan esei pendek. Hihi. Harap-harap nanti ada la peningkatan. Baru dapat kad hijau. Hihihi.


Sekian.


Yang menaip,

2 comments:

Fiza Aizzawa said...

cikgu pun kene ujian ey..

Mimie said...

bagus buat prog mcm nih utk mantapkan bhs inggeris kt klgn kanak kanak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...