Fenomena Ephyra Di Kalangan Blogger | Testimoni Cikgu Faiz



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 02 Jun 2014


Sebut je ephyra mesti ada yang bertanya. Apakah itu? Ephyra? Tak pernah dengar pun. Cikgu Faiz dulu pun macam tu jugak. Kenal ephyra dari blog. Masa tu kebanyakan blog yang Cikgu Faiz singgah mesti ada cerita pasal ephyra. Apa benda pulak ephya ni? Hihi. Lama kelamaan baru tahu ephyra ni supplemen untuk kecantikan dan kesihatan. Bila baca testimoni dari blogger yang dah pernah try ephyra ni Cikgu Faiz pon teringin jugak tapi masa tu tak tahu nak beli melalui siapa.


Sebelum ni Cikgu Faiz memang tak pernah langsung makan sebarang supplemen. Masa berpantang hari tu je ada makan produk Shaklee. Lepas habis pantang hari tu dalam awal tahun ini Cikgu Faiz nak sangat cuba ephyra ni. Hihi. Godek punya godek terjumpa dalam blog kak Mialiana. Terus private message kak Mia di FB bertanyakan pasal ephyra dan terus order. Haha. Cikgu Faiz order pek percubaan yang mengandungi 10 sachets macam gambar di bawah ini.




Selepas itu bermulalah cabaran Cikgu Faiz bersama ephyra selama 10 hari. Pertama kali minum rasa ephyra memang sedap tak terkata. Cikgu Faiz minum sebelum tidur. Lepas habis 10 sachets berhenti kejap selama beberapa bulan dan sekarang ni dah kembali ber'ephyra'. Kalau ikut pengiraan, Cikgu Faiz dah minum ephyra sebanyak hampir 40 sachets. 


Di sini Cikgu Faiz nak kongsi beberapa perubahan yang diperolehi hasil daripada minum ephyra walaupun tak berapa nak konsisten. Hihi.


Kulit kering dapat diatasi

Kulit muka Cikgu Faiz ni memang bermasalah jugak kadang-kadang tapi tak teruk sangat. Suasana tak boleh terlalu sejuk mula la kulit muka akan kering terutama di bahagian dahi tapi setelah minum ephyra selama 10 hari Cikgu Faiz mula perasan yang kulit muka dah tak kering. Terkejut jugak.


Bibir dah tak kering

Ha... yang ni memang masalah yang agak kronik jugak. Cikgu Faiz tak boleh pakai gincu bibir dan lip balm. Lepas pakai mesti bibir akan jadi kering. Mula la rasa kurang keyakinan diri apabila bersua dengan orang kan. Tapi ephyra telah berjaya menyelesaikan masalah Cikgu Faiz yang satu ni. Bibir dah tak kering dan tangan Cikgu Faiz ni takde dah gatal nak mengopek kesan kering tu sampai berdarah bibir.


Lebih bertenaga

Kerja-kerja seharian memang memerlukan tenaga yang lebih dan berpanjangan. Mana nak handle budak-budak dalam kelas, balik rumah dah sibuk dengan kerja rumah dan anak-anak pulak. Tengah malam baru dapat berehat. Macam biasa la kan lepas minum ephyra badan dah kurang letih walaupun Cikgu Faiz selalu balik lewat kerana sibuk dengan kerja. Bila badan tak penat nak buat kerja apa pun rasa seronok kan.


Kuat makan

Haha... yang ni memang tak boleh blah. Tapi tak tau la orang lain macam mana kan. Mungkin disebabkan metabolisma badan Cikgu Faiz ni tinggi jadi sebab tu kot jadi berselera untuk makan. Haha. Cikgu Faiz ni memang dah kurus sangat walaupun makan banyak tapi ephyra mungkin sedikit sebanyak membantu supaya selera makan tu bertambah lagi. Moga-moga naik la berat badan ni sikit. Dah lama kot tak timbang. Selalu berat 38kg jer. Eh.. tapi jangan risau tau. Ephyra juga boleh menurunkan berat badan walaupun kita makan macam biasa. Hebat kan.


Mudah lawas

Heh.. sekarang ni masalah sembelit sudah dapat diatasi dengan ephyra. Walaupun 2 hari tak membuang tapi tak sembelit. Tu yang best. Jadi tak perlu risau lagi bila dah beberapa hari tak membuang. Hihihi.




Walaupun mungkin tak banyak kesan yang Cikgu Faiz dapat tapi setakat ini Cikgu Faiz sangat berpuas hati dengan ephyra. Tak rugi cuba. Lain orang lain penerimaan badannya kan. Tak salah mencuba sesuatu produk itu untuk kebaikan diri kita. Kalau serasi teruskan dan kalau tak okey berhenti. Mudah je. Hihihi. Yang pasti lepas minum ephyra kita mesti minum air kosong yang banyak supaya ephyra dapat bertindakbalas secara maksimum di dalam tubuh badan kita. 


Kepada yang baru nak mencuba ephyra boleh je berhubung dengan Cikgu Faiz ye. Selalu kalau beli pek percubaan tak dapat shaker tapi kalau dengan Cikgu Faiz InsyaAllah akan dapat. Harga mestilah mampu milik dan lebih murah berbanding harga biasa di pasaran. Hihi. Nak beli pek premium 30 sachets terus pon boleh. Buat stok sebulan. Boleh mesej / WhatsApp 0129771902.


Sekian.


Yang menaip,

2 comments:

Unknown said...

wahh akak pun salah sorang epyhra yer.. untunglah..hehe

Mimie said...

Wahhh faiz...terbaikkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...