1
Orang Memberi Komen

Hannani Yang Banyak Akal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 08 Ogos 2015


Hannani semakin membesar. Lagi dua hari genab la usia Hannani setahun sembilan bulan. Cepat betul masa berlalu. Makin besar makin banyak akal. Itulah yang boleh dikatakan mengenai anak perempuan Cikgu Faiz ni.




Tengok la tu. Korang perasan tak Hannani duduk atas apa tu? Habis bekas rempah ratus dibawa ke ruang tamu untuk bermain. Itulah kalau dah anak perempuan. Bila Hannani dah tidur barulah Cikgu Faiz akan mengutip semua khazanah yang telah digunakan oleh Hannani ni. Huhu. Masa gambar ini diambil Hannani tengah membebel dekat abang dia. Dia kata, "Aban, cepat la mandi". Hihi. Hannani panggil abang Hakim 'Aban'. Dia tak pandai lagi sebut 'abang' mungkin sebab huruf 'g' tu susah sikit nak disebut apabila bergabung dengan huruf lain. Lepas membebel terdengar pulak Hannani membaca doa makan. Nak tergelak pon ada bila dengar sebab kelakar je suara Hannani bila baca doa. Apa pun alhamdulillah Hannani dah dapat menguasai doa makan walaupun masih tak berapa nak lancar lagi. Hihi. Mesti dekat taska hari-hari baca doa makan. Hihi.


Sekarang ni Hannani dah tidur selepas minum sebotol susu. Penat sangat main dan bergaduh dengan 'aban'. Hihi. Bila Hannani dah tidur rasa sunyi pulak sebab biasanya rumah memang 'havoc' dengan suara abang Hakim dan Hannani. Huhuhu. Macam ramai sangat anak-anak padahal dua orang je pon. Hihi. Sekian.


Nak jadi mata-mata? >>> SINI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
1 Comments

1 orang comel dah komen:

azreen raub said...

semoga berbahagia dengan anak- anak cikgu. mesti hari2 ceria jer kat rumah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...