Hannani Si Telinga Lintah, Petah Berkata-Kata dan Suka Menyanyi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 04 Ogos 2015


Dah lama pulak tak ambik gambar abang Hakim dan Hannani bersama. Oleh sebab tengah melayan kerenah Hannani tadi maka terambil gambar mereka secara tidak sengaja. Huhu. Mulanya nak ambik gambar candid lepas tu Hannani dah perasan pulak terus suruh diorang posing atas sofa. Pon boleh la. Huhu.



Bukan mudah nak dapatkan gambar yang okey macam ni. Kalau tidak ada je pergerakan tangan Hannani tu. Banyak kali jugak delete gambar yang tak jadi tu. Huhu. Hannani sekarang sudah berusia setahun lapan bulan. Kalau diingat balik banyak jugak perkembangan terbaru Hannani sekarang ni.





Antaranya, Hannani dah semakin bijak bercakap. Mulut dia mengalahkan orang tua. Kadang-kadang faham dengan apa yang diperkatakan, kadang-kadang langsung tak faham bahasa apa la yang dituturkan Hannani ni. Huhu. Paling syok bila Hannani berleter dekat abang dia. Hahaha.





Ada lagi... Hannani dah pandai mengajuk cakap orang. Memang kena berjaga-jaga je bila bercakap depan Hannani sebab dia cepat tangkap apa yang kita cakap lepas tu dia akan ikut. Kena cakap yang elok-elok je la. Bahaya betul budak ni. Kalau tengah main-main lepas tu kita tengah borak pon dia boleh dengar dan ajuk semula. Tajam betul telinga dia.


Satu lagi, Hannani ni suka sangat menyanyi. Kalau lagu kanak-kanak tu ada la beberapa lagu yang dia boleh ingat melodinya. Kalau lagu nasyid tu alif ba ta je la. Hihihi. Kalau dalam kereta tu asyik dengar suara Hannani mendendangkan lagu aje. Kadang-kadang tak tahu la lagu apa yang dinyanyikan. Abah, bonda dengan abang jadi tukang gelak je la. Huhuhu.





Sekarang ni dua beradik ni dah pon tidur setelah kepenatan mengemas rumah. Hahaha. Hannani la yang paling rajin mengemas. Abang tukang kacau aje. Hihihi. Sekian.


Tolong jangan gunakan cara ini untuk menghilangkan parut jerawat anda. Jika tidak anda pasti akan menyesal >>> SINI


Yang menaip,

1 comment:

Hani Rahman said...

Semoga menjadi anak2 yg soleh n solehah ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...