Usah terlalu kecewa andai cinta kamu terputus di tengah jalan kerana si dia pergi sebenarnya untuk membuka peluang pada seseorang yang lebih baik untuk mengisi ruang hati kamu. Oleh itu cubalah lupakan si dia. Bangkitlah dari kekecewaan. Read this...
1. Terima hakikat. Pertama sekali kamu perlu menerima hakikat si dia bukan lagi milik kamu. Belajarlah untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan percayalah ia adalah permulaan kepada pertemuan.
2. Melarikan diri. Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan kamu. Cuba kamu pergi ke satu tempat yang agak jauh dan rehatkan minda. Apabila kembali tenang, kamu segeralah pulang ke tempat asalmu.
3. Luahkan perasaan. Luahkan perasaan kamu kepada sahabat karib atau orang yang paling rapat dengan kamu. Mungkin si dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan yang terpendam akan dapat menghilangkan tekanan kamu.
4. Mendengar luahan orang lain. Apabila mendengar luahan teman-teman lain sekurang- kurangnya kamu akan sedar bahawa bukan kamu seorang sahaja menerima nasib yang teruk. Malah mungkin ada orang lain yang mengalami nasib yang lebih teruk dari kamu.
5. Buang segala kenangan. Hadiah atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu mengingati si dia, jangan ragu-ragu untuk membuangnya. Mungkin kamu terlalu sayangkan pemberian itu namun itulah yang terbaik untuk kamu lupakan terus si dia.
6. Berdoa dan bertawakal. Ini adalah penyelesaian yang terbaik. Berdoalah kepada-Nya agar diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan yang mendatang serta akan dipertemukan dengan pasangan yang serasi.
5 comments:
Hi Cikgu Faiz :) Singgah dlu ye :)
@Kenny
hye. sile-sile... :)
saya singgah n follow ye cikgu...
http://fallenlovelyangel.blogspot.com/2011/09/macam-mana-nak-bangun-dari-heartbreaks.html
@Cik Ketam Malas
tq cik ketam yg comel..
singgah blog cikgu
Post a Comment