Tips Mengelakkan Wang Anda Dicuri !



Assalamualaikum.


Hai... Selamat Hari Sabtu semuanya. Siapa kat sini pernah kehilangan duit? Mesti bengang kan kalau duit kita tiba-tiba je hilang? Cikgu Faiz pon pernah kehilangan duit. Nak buat macam mana kan dah takde rezeki.


Kata orang 'sediakan payung sebelum hujan'. Jadi sebelum lebih banyak lagi duit yang hilang apa kata korang ikuti tips-tips di bawah ni....




sumber : Google


1. Simpan duit di dalam dompet dan pastikan dompet itu sentiasa berada bersama korang. Kalau nak pergi mana-mana pon bawak je dompet tu.


2. Pastikan bilik korang sentiasa berkunci kalau korang simpan dompet di dalam bilik. Nak lebih selamat, simpan di dalam laci yang berkunci. Kalau boleh mangga, letak sekali. Nak rantai pon boleh :p


3. Jangan simpan duit di dalam poket seluar jeans dan sebagainya kerana duit itu boleh tercicir bila-bila masa. Ini kerana apabila orang lain terjumpa duit tersebut mereka tidak akan memulangkan kembali kepada anda (pernah kena).


4. Bagi mereka terutamanya gadis / wanita yang selalu menyimpan dompet di dalam handbag, pastikan korang letak surah yassin bersama. Ini kerana apabila seseorang itu ingin mencuri, mereka pasti akan merasa insaf bila tengok surah yassin itu (kalau tak insaf jugak tak tau la nak cakap macam mana).


5. Jangan buka dompet anda di khalayak ramai. Kalau boleh sorok-sorok sikit masa nak ambil duit tu dikhuatiri si pencuri akan nampak berapa banyak duit korang kat dalam tu.


6. Jangan letak dompet di merata tempat seperti di atas meja kerana risiko duit korang akan dicuri amatlah tinggi.


7. Kalau boleh elakkan menyimpan duit yang terlalu banyak di dalam dompet. Kalau boleh letak je duit syiling atau seringgit tengok ada tak orang nak curi (kalau hilang jugak memang terdesak la pencuri tu)


8. Jangan biasakan diri dengan menyuruh orang lain cucuk duit korang di mesin ATM.


9. Jangan mudah percaya dengan orang di sekeliling korang.

2 comments:

-meeSUPERGIRL- said...

jyeah ! duit macam air je skg nii ~ cepat jee keringg

aindzaya said...

pengajaran utk diri sendiri...thankz cgu faiz!

Dihimpit lelaki lelaki. Dilema!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...