Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak | Rajin Adik Rajin



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Cikgu Faiz kembali lagi dengan aktiviti bersama kanak-kanak. Hehe. Untuk hari ini Cikgu Faiz nak share aktiviti nyanyian lagi ye. Semua dah sedia??? Jom kita mulakan !


google.com

Aras : Sederhana

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Menyanyi lagu dengan irama dan intonasi yang betul sambil membuat pergerakan.
  2. Bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
  3. Mengamalkan rasa kasih sayang, hormat menghormati dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas. Ia sesuai untuk kanak-kanak memupuk rasa kasih sayang dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain.

Bahan / alatan : Video atau slide tentang keluarga.

Persediaaan guru : Membuat slide atau video tentang sebuah keluarga. Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Senikata lagu
Rajin Adik Rajin

Rajin adik rajin,
Rajinlah belajar,
Bila besar nanti boleh tunjuk ajar,
Ayah juga ibu gembira selalu,
Melihat adikku rajin baca buku.


Prosedur :
  1. Guru menayangkan video atau CD tentang sebuah keluarga.
  2. Guru menasihatkan kanak-kanak agar sentiasa menyayangi ahli keluarga masing-masing.
  3. Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
  4. Guru memberi peluang kanak-kanak bercerita.
  5. Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing.
  6. Kanak-kanak mendengar nyanyian guru. 
  7. Guru menyebut senikata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
  8. Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
  9. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.

Cadangan : Guru boleh meminta kanak-kanak bercerita tentang adab dan cara menghormati ahli keluarga yag lain.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar perkara yang baik dan tidak baik dilakukan sewaktu menjaga adik kecil di rumah. Minta kanak-kanak memilih dan memadankan gambar yang sesuai dan tidak sesuai.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Salam sayang,

3 comments:

puteri kasih said...

puteri pula yang terikut nyanyi lagu tu..hehe

Unknown said...

itulah..trikut2 sama..sambil tepuk tangan..hehe

Unknown said...

Mesti seronok mengajar kanak2 ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...