Semoga Dirimu Tabah Wahai Sahabatku



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hai.... Cikgu Faiz baru je pulang dari Karnival Ko-Kurikulum sekolah. Penat berjalan di sekitar sekolah melihat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Nanti Cikgu Faiz update yer. Sekarang ni Cikgu Faiz ada misi yang lebih penting untuk diuar-uarkan kepada korang semua.




Terkejut di saat membuka akaun facebook sekejap ni. Ada kawan tag gambar di atas di wall facebook Cikgu Faiz yang berbunyi seperti : 


Adik Aqeel Mu'izzuddin Ukasyah lahir pada 10.10.2013, dimasukkan ke wad Hospital Bentong pada 16.10.2013 kerana tidak mahu minum dan buang air. Pada 17.10.2013, doktor telah membuat keputusan perlu mengambil air tulang belakang kerana terdapat racun dalam darah si kecik ini tanpa mengetahui puncanya. Aqeel demam suhu sehingga 39'c on dan off. Bagi yang ingin membantu serba sedikit untuk membantu ibu adik Aqeel boleh la memberi sumbangan ke akaun ibunya yang tertera di sini. Semua sumbangan anda hanya Allah yang mampu membalasnya. Sama-sama juga kita doakan adik Aqeel sihat seperti anak-anak lain. Aminnn....


Ya, Allah... beratnya ujian yang Engkau beri kepada sahabatku. Semoga beliau dan suami tabah dengan dugaanMu dan semoga si kecil yang baru melihat dunia itu terus kuat untuk mengharungi kesakitan yang dialaminya. Doakan la agar baby Aqeel cepat sembuh. Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas boleh la berbuat demikian di akaun Maybank Shahida Makmin - 114405111159 (hp : 013-2910444). Setiap sumbangan anda amatlah bermakna buat keluarga ini.




Yang menaip,

5 comments:

Cikrosecute said...

Semoga Kedua Pasangan itu tabah dalam menghadapi ujian Allah...

Untuk Adik Aqeel semoga cepat sembuh...kesian pulak tgk baby sakit cam nie...

Athirah said...

Allahuakbar... moga adik ni diberi kesembuhan,,huhu

ida =) said...

Saham akhirat

ida =) said...

nak order ngan saya pun boleh esp tu =)

Mimie said...

Ya Allah sedihnya baca..Semoga kedua ibu bapa asik Aqeel.kuat menghadapu ujian...
Sama sama doakan adik Aqeel cepat smbuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...