3
Orang Memberi Komen

Mana Motor Akim?



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ni sampai je depan rumah tengok-tengok pintu pagar dah terbuka. Takkan la angin bertiup kuat sangat sampaikan penyendal pagar boleh terbuka. Hmmm.... Masa tu tak perasan lagi benda yang hilang. Tiba-tiba Encik Suami berkata, "motor Akim dah takde". Lepas tu baru Cikgu Faiz perasan. Apa daaa..... Motor buruk anak Cikgu Faiz tu pon nak curi ke? Huhuhu. Adoi.... kesian la Faqih lepas ni dah takde motor nak main petang-petang. Nak main bola, bola pon baru je masuk longkang besar kat depan rumah tu. Huhu. 


Entah apa yang menarik perhatian si pencuri motor kanak-kanak pon tak tahu la. Motor tu banyak aksesori yang dah tercabut. Nak caj bateri pon dah tak boleh. Huhu. Sekarang ni motor tu hanya tinggal kenangan la. Lepas ni abah Faqih kena beli motor baru la nampak gayanya. 


Ini gambar masa umur Faqih setahun lebih. Kaki pon tak cecah lantai.



Yang ni masa umur dua tahun lebih.



Gambar terkini bersama motor tersayang. Selamat tinggal motor.



Allah saja yang akan membalas setiap perbuatan orang yang panjang tangan ni. Dah la curi barang budak-budak pulak tu. Hisshh... siapalah agaknya manusia durjana tu. Memang takkan selamat dunia akhirat. Sekian.




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
3 Comments

3 orang comel dah komen:

Harith Iskandar said...

laaaaaaaaaaa motor budak2 pun nak buat kerje jugak kerrrr...ces :/
kesian je huhu

izan mama mia said...

tak mangga ke pagar tuu ??

jaakechik said...

motor budak pun nk curi... huhu... tp kan kak maybe ada budak2 nakal yg amik kot....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...