Hannani Suka Hisap Jari | Dapat Baju Baru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 21 Februari 2014


Meriah betul entri hari ni. Semua pon cerita pasal BR1M je. Huhu. Syok la yang dapat tu. Tapi Cikgu Faiz bukan nak cerita pasal BR1M tapi pasal Hannani je. Hihi. Beberapa hari ni memang agak sibuk dan jarang dapat online guna laptop. Kalau online pon guna handphone je. Kalau duduk depan laptop Hannani yang merengek pulak. Huhu. Serba tak kena jadinya. Nak tidurkan Hannani Cikgu Faiz pon tertidur sekali dan langsung tak dapat nak update. Huhuhu. Sadis.


Hannani sekarang ni dah ada tabiat baru yang diwarisi turun temurun daripada abang dia. Hihi. Apa lagi kalau bukan tabiat hisap jari. Hihih. Cikgu Faiz tak ajar pon, Hannani yang belajar sendiri masa dekat kampung hari tu. Agaknya masa dalam perut dulu Hannani asyik tengok abang dia dok hisap jari je keje jadi dia pon nak cuba la. Hahaha.


Lihat je la aksi Hannani yang sibuk menghisap jarinya yang kecik comel je tu... geram betul tengok :)




Yang tak bestnya Hannani hisap jari tangan kiri. Huhu. Nak kena ajar dia guna tangan kanan la.




Syoknya Hannani hisap jari ye. Sarung tangan terpaksa ditanggalka sebab dah basah kuyup akibat dihisap oleh Hannani. Huhu.




Senyum je dapat hisap jari.




Senyum lagi :)




Baru-baru ni Hannani dapat baju lagi. Kakak Taska yang bagi. Kena tunggu Hannani besar sikit baru boleh pakai. Bertambah lagi koleksi baju Hannani.


p/s : Esok pagi Hannani akan ditinggalkan bersama dengan abah dan abang. Bonda kena pergi kursus pulak. Kesian asyik kena tinggal je. Huhu.


Siapa pulak dengan Sam tu? --> KLIK 


Yang menaip,

6 comments:

norhasnizakhalid said...

alahai cutenya dia isap jari, sama macam anak mama jugak dulu, lencun habis sarung tangan dia...

sobri yaacob said...

ala.la comelnya hisap jari..
sbijimcm ank buah saya.. suka hsapjari gak..

Unknown said...

comel

Sis Vee said...

sekecil itu mmg x sampai hati nak ditinggalkan ...

reza al-razi said...

tertanya2 kenapa baby suka isap jari? huhu..

BUNDA said...

Samalah macam zarif...sampai sekarang dah nak masuk empat tahun pun masih suka hisap ibu jari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...