2
Orang Memberi Komen

Tudung Baru Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 14 Februari 2015


Hai hai hai... Hari ni bercuti. Esok ada mesyuarat PIBG pulak dah. Huhu. Sabar je la. Saya yang menurut perintah. Hari tu kan Cikgu Faiz ada update pasal jalan-jalan di Malaysian Vendor Festival di Shah Alam kan. Ha... masa jalan-jalan tu ternampak la satu booth tu dia jual tudung untuk kanak-kanak.


Masa tu stok dah tak banyak dan Cikgu Faiz dapat la membeli sehelai untuk Hannani. Harganya dah lupa pula. Rasa macam RM27 sehelai. Beli dua helai boleh dapat RM50. Saje nak tengok reaksi Hannani bila pakai tudung sebab Hannani ni tak suka bila ada benda atas kepala dia. Kalau ikat rambut atau pakaikan sepit mesti takkan bertahan lama. Huhu. Jom layan gambar Hannani bila dah pakai tudung.




Amacam? Ayu tak? Hihihi. Pandai pulak dia posing macam tu. Fuhhh... sangat bernasib baik sebab dapat ambik gambar pandang kamera ni. Huhuhu. Biasa la kan, Hannani ni tak mesra kamera.




Dah macam model tudung pulak posing macam tu. Huhuhu. Boleh pulak tersenyum tak pandang kamera. Hmmm.... okey pulak.




Terserlah betul pipi tembam Hannani. Geram nak cubit.




Tangan dah mula nak bergerak-gerak. Hahaha. Cukup la empat keping gambar ni ha. Berpeluh-peluh nak dapatkan gambar yang okey tak bergegar. Huhu. Oh ya, kalau ada yang nak usha tudung dewasa dan kanak-kanak macam Hannani pakai ni boleh la ke facebook Hijabis Hanany. Sekian.


Jiwang tak jiwang sangat la >MEH KLIK<


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
2 Comments

2 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...