Hi-Tea di Shah Alam Convention Centre



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 13 Februari 2015


Bersua lagi di hari Jumaat yang mulia ini. Minggu depan dah mula bercuti panjang. Ada la enam hari cuti. Jadi la kan. Semalam Cikgu Faiz menghadiri satu majlis Hi-Tea khas untuk guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua guru besar dan pegawai daripada PPD Petaling Perdana.


Kira-kira jam 12.35 tengahari Cikgu Faiz bergerak ke Shah Alam Convention Centre bersama tiga orang rakan. Oleh kerana Cikgu Faiz ni lemah bab-bab jalan jadi terpaksa la menumpang kawan di kelas pra sebelah tu. Huhu. Nak buat macam mana? Nasib la ada yang bagi tumpang.




Sampai je sana terus daftar kehadiran dan masuk ke dewan. Duduk rehat kejap lepas tu pergi surau. Majlis pon bermula pada jam 2.00 petang. Dah siap solat dan touch up sikit masuk ke dewan semula dan bermula la agenda seterusnya iaitu SELFIE !! Haha... wajib okay. Jom layan gambar selfie Cikgu Faiz dengan kawan-kawan. 293 tu nombor cabutan bertuah ye. Hihihi. Kejap lagi kita tengok bertuah ke tak. Hahaha.




Sorry... Ini bukan selfie ye. Sebelum tu Cikgu Faiz perkenalkan kawan di sebelah tu namanya Ayu. Yang hujung tu kak Za. Dua orang tu Pembantu Pengurusan Murid yang banyak membantu di dalam kelas bersama guru. Yang lawaknya gambar ni diambil sebab kak Za nak bagi suami dia tengok kononnya sebagai bukti kak Za datang ke majlis Hi-Tea tu. Huhuhu.




Ini baru selfie. Eh, tak. Wefie (betul ke tak ejaan tu?). Huhu. Sementara nak tunggu majlis bermula elok la mengabadikan kenangan di situ.




Gambar ni pula dari handphone kawan sebelah Cikgu Faiz tu. Kak Siti namanya. Konon nak try ambik gambar guna application beauty apa entah nak bagi shining shining dan muka yang berseri-seri gitu. Hahaha. Lawak betul kak Siti.




Hampir jam 2.30 petang majlis pon bermula. Lepas pegawai memberi ucapan perasmian dan penyampaian hadiah serta sijil barulah sesi menjamu selera bermula. Maaf la tak sempat nak ambik gambar lauk pauk sebab dah lapar sangat. Huhu. Gambar pinggan pon jadi la ye. Huhuhu. Sambil makan ada juga diselitkan dengan acara cabutan bertuah. Dok intai jugak nombor 293 tu naik ke tak tapi menghampakan. Huhuhu. Takpe... Makan lagi syok.




Sambil menyaksikan persembahan dari guru-guru, guru besar dan pegawai PPD sempat jugak la merasa ABC ni. Huhuhu. Jenuh nak habiskan sebab sejuk. Tunggu nombor 293 kot kot ada disebut tapi takde jugak. Yang ada sipi-sipi je. Huhuhu. Sabar je la. Hadiah ada lebih 60 mungkin ada harapan. Hihihi.




hampir ke pukul 5.30 petang... majlis pon dah hampir tamat tapi nombor tak jugak disebut sampai la kesemua hadiah tersebut habis. Huhuhu. Memang takde rezeki betul. Kawan-kawan yang datang dengan Cikgu Faiz pon tak dapat. Sabar je la. Nombor tak bertuah la tu. Hmmmm.... Apa lagi, balik je la. Lambat-lambat nanti jalan confirm sesak punya.




Walaupun tak menang cabutan bertuah Cikgu Faiz tetap happy sebab dapat bawak balik semua benda di atas tu. Ada set cadar, pencil case, klip kertas yang dipanggil sepit, buku nota dan tiga batang pen. Paling best sebab dapat pen merah tu. Hihihi. Apa pun Hi-Tea semalam memang best. Tak rugi pegi. Hehe. Sekian.


High School Musical Versi P.Ramlee --> TENGOK NI


Yang menaip,

1 comment:

adk dayah said...

hi tea makan sedap x pe..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...