Aku Yang Sibuk



Assalamualaikum. Selamat Hari Isnin sumer. Harini korang mesti rasa malas nak gi keje kan. Aku rasa lemau sangat-sangat. Bila Isnin je mulalah perasaan malas tu bermaharajalela. Namun aku dapat mengatasinya harini. Ceh, koya je lebih.


Minggu ni adalah minggu yang paling sibuk sekali. Harini aku dan rakan seperjuangan pergi membeli barang2 keperluan untuk sukaneka dan jamuan. Penuh satu troli barang-barang. Memang borong habis-habisan la. Straight to the point, ini dia jadual aku yang padat minggu ini :




SELASA
Sukaneka prasekolah. Abis je sukaneka kena terus bergegas ke SKTUDM. Ade meeting la pulak. Lemah lemah lemah. Dah la tak tau jalan ke sana. Nasib la ada kawan yang tau.


RABU
Sesi fotografi bersama murid-murid prasekolah. Masa ni la cikgu nak berposing. Hahaha. Posing la sangat.


KHAMIS
Ujian untuk murid-murid prasekolah. Sebenarnya ujian ni tak wajib pon tapi buat je la. Nanti ade plak parent yang bising-bising kate takde exam. Biasa la. Parent memang selalu tak puas hati dengan cikgAlign Centeru.


JUMAAT
Sambutan harijadi murid-murid prasekolah dan jamuan akhir tahun. Kiranya 2 in 1 la. Dasat tak?


SABTU
Rehat di rumah. Yahooo.... !


AHAD
Sukan Tahunan Sekolah. Adoi... yang ni mesti letih giler. Yang pasti kulit aku mesti rentung sebab aku jadi Pengurus Peserta. Confirm berjemur punya. Hai... harap-harap haritu mendung dan hujan renyai-renyai. Baru syiok nak bersukan. Ye tak? Mengarut je aku ni.



ni gambar masa sambutan Hari Raya baru-baru ni. Kuih muih yang dibawa khas oleh murid-murid prasekolah.


P/S: takpe. lepas sukan tu terus cuti seminggu sempena Deepavali. Hihihi. Best best.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...