0
Orang Memberi Komen

Lupakan Kekasih Lama





Baru lepas putus cinta? Nak tau cara macam mana nak lupakan kekasih lama? Jom tengok cara-cara di bawah :


1) Kalau pasangan korang tu pernah bagi barang, buang terus barang-barang yang dia bagi tu. Nak nampak lagi ganas bakar terus tapi kalau dia ada bagi rumah dan korang pulak duduk rumah tu korang pikir la masak-masak sebelum bertindak.


2) Buangkan juga nombor telefon dan gambar. Kalau dah buang korang masih ingat dia jugak, korang hantukkan kepala korang kat dinding... terus hilang ingatan.


3) Letakkan muka pasangan korang tu sama dengan muka musuh ketat korang dari zaman kanak-kanak sampai la sekarang. Nak lagi best, letakkan sebaris dengan muka yang pernah berhutang tapi tak bayar. Nescaya korang menyampah nak tengok.


4) Jangan sesekali tengok cerita cinta dan dengar lagu yang ada unsur rindu, sayang dalam lirik lagu tu. Tengok cerita pasal kematian dan dengar lagu-lagu nasyid, takpon ceramah agama... ada juga faedahnya.


5) Ingat yang buruk-buruk pasal perangai pasangan korang.


6) Untuk lelaki, pergi pakai cantik-cantik lepas tu lepak dekat bus stop yang ramai minah kilang. Cuba la mengorat. Yang perempuan pulak pegi balik kampung, jaga diri tu.. tunggu je orang masuk meminang.


p/s: amacam? cuba jangan tak cuba :)

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
0 Comments

0 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...