Tired...



Assalamualaikum.


Hari ni Cikgu Faiz agak sibuk dengan persiapan untuk Hari Potensi Prasekolah (bulan depan je) dan Sukaneka yang akan berlangsung pada esok hari. Pagi tadi murid-murid berlatih acara membawa bola pingpong di dalam sudu dengan menggunakan mulut dan juga menggolek bola menggunakan gelung rotan. Lepas berlatih acara sukaneka, selepas murid-murid rehat terpaksa melatih murid-murid menari la pulak. Dah la Cikgu Faiz ni tak pandai nak menari. Pergerakan pun keras je.Nasib baik la ada cikgu lagi sorang tu yang pandai la jugak nak menari ni kan.


Sejam setengah jugak la berlatih tadi. Bukan senang nak mengajar budak-budak umur enam tahun menari. Mula-mula tu diorang agak kekok jugak. Tapi bila dan lama-lama tu barulah diorang dapat ingat step step yang diajar. Tak semua murid dapat menguasai terus. Biasa la... ada murid yang cepat dan ada yang lambat. Jadi Cikgu Faiz kena banyak bersabar supaya hasilnya nanti DA'BOMB. Bukan apa, sekolah Cikgu Faiz boleh pulak terpilih sebagai tuan rumah untuk Hari Potensi pada tahun ni. Memang kena all out la nampak gayanya. Malu jugak dengan sekolah-sekolah lain nanti. Huhu. 


Bulan ni merupakan bulan yang agak sibuk bagi Cikgu Faiz sebab ada banyak sangat aktiviti yang dijalankan di sekolah. 

--> 20 Jun - sukaneka
--> 24 Jun - Temasya Sukan Tahunan
--> 30 Jun - Kem Ibadah




Sedapnya dapat minum air kelapa tadi. Terima kasih kepada tauke kantin kerana sudi menaja air kelapa segar ini. Hehe.




With ♥...,

4 comments:

Shida Radzuan said...

penatnyee bunyi sis huhuh =.=

Dingdang said...

@shida'R
letih shida jadi cikgu ni. hehe.
boleh kurus..

ogyep yummy mellow said...

salam kenal cikgu... bzzzzz nampaknya ya...

Dingdang said...

@ogyep yummy mellow
salam perkenalan juga...
agak bz la jugak. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...