Coklat !!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Jumaat . 13 Disember 2013


Hari ke 34 berpantang di kampung halaman. Sementara baby Hannani sedang tidur baik update cepat-cepat. Hehe. Sebelum tu tengok gambar dulu ye.





Hehe. Inilah menu Cikgu Faiz setiap hari. Air coklat panas yang dicicah dengan roti bakar atau biskut kering. Biasanya Cikgu Faiz makan macam ni pada waktu pagi dan malam (kalau rasa lapar). Dalam pantang ni perut memang cepat kelaparan. Baru je makan nasi, tak lama lepas tu mesti dah lapar balik. Hehe. Orang dalam pantang selalu tak boleh makan banyak tapi Cikgu Faiz sebaliknya. Nak buat macam mana kan? Kalau tak makan nanti badan akan rasa ketar. Jadi lebih baik makan bagi bertenaga sikit. Hiks.






Kat atas ni pulak menu sambil tengok tv. Orang kata elok makan coklat sebab boleh banyakkan susu badan. Orang yang cakap. Memang nikmat sangat dapat makan coklat ni sebab masa mengandung dulu Cikgu Faiz jarang dapat makan coklat sebab ada kencing manis. Ha... apa pulak menu awak-awak semua masa dalam pantang yer. Meh ler share. Sekian.




Yang menaip,

5 comments:

intanfirdaus247 said...

Salam Faiz..kak intan baru tau faiz dapat baby..congrats ya...jaga dri baik baik ok...

ikhwan yusuff said...

bestnya..Btw selamat berpantang ya CF...:D

Azwar Syuhada said...

Cikgu faiz dapat baby ke? baru taulah.. hehe..tahniah :)

Mimi Azirah said...

Sy dlm.pantang xpnh mkn coklat..bleh ek...tak tau pun..hahaha

Medical health treatment said...

Coklat memang lezat...banyak mengandung gizi. tetapi tetap pula tidak boleh berlebihan dalam mengonsumsinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...