Faqih Yang Obses...



Assalamualaikum.


Semua orang pon mesti ada perasaan obses terhadap sesuatu benda kan? Faqih juga tidak terkecuali. Biasanya budak-budak kecil ni teramatlah obses dengan bantal busuk atau puting. Tetapi tidak bagi Faqih. Untuk pengetahuan semua Faqih tidak boleh berenggang dengan lampin atau napkin. Memang sejak bayi lagi Cikgu Faiz sentiasa meletakkan sehelai lampin di sisi Faqih sebab senang bila nak lap kesan comot akibat minum susu, termuntah, lap tahi mata, lap air mata dan sebagainya.


Akibatnya, Faqih sudah terbiasa dengan lampin dan kalau dia ternampak la kelibat lampin tu mesti dia akan mintak. Pulak tu sekarang ni lampin dan tinggal beberapa helai sahaja sebab yang lain-lain dah hilang entah ke mana. Huhu. Bila dapat je lampin, maka bermacam-macam aksi dapat dilihat. Contohnya seperti di bawah ini....





macam nak gulung-gulung lampin.




lampin mesti ada kat sebelah. Kalau ada orang ambik alamatnya terjerit-jerit la Faqih mahukan lampinnya semula.




letak lampin atas kepala. kalau hari hujan boleh la buat macam ni. huhu.




tangan mesti nak buat macam tu.




buat muka tembam. 


Bukan sahaja budak kecil, orang dewasa juga mesti mempunyai perasaan obses terhadap sesuatu. Jom kongsi. 




With ♥..,

5 comments:

Sop said...

anak2 sop suka cari buncu bantal tajam.. hehehe

Dingdang said...

@Sop
sebelum tido mesti nak gentel-gentel bucu bantal kan??

pet said...

hehe.. pandainya faqih.. wlaupn dgn napkin.. kira dye lebih advance :)

Shida Radzuan said...

suatu ketika dulu...shida penah obses sesuatu kak...smpai mengigau lahh dbuatnye..heheeee..~

Dingdang said...

@shida'R
apa benda tu shida? nak tau jugak ni. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...