Kembali Menggila Dengan Koleksi Novel Terbaru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 15 Mei 2015


Seronok sangat sebab internet sudah laju seperti biasa. Yahuuu.... !! Kalau ikutkan malam tadi dah laju kira-kira pukul 2 pagi macam tu. Ingat nak update sekejap tapi teringat pulak jam 5.30 pagi nak bangun semula terus tak jadi nak update. Hahaha. Nanti ada pulak yang terbabas. Naya je tau. Huhu. Takpe, cuti dua hari ni Cikgu Faiz akan cuba manfaatkan masa yang ada dengan blog ini. Cewahhh...




Wahhhh !! Nampak tak koleksi novel terbaru Cikgu Faiz tu? Hihi. Semuanya novel yang telah diadaptasi ke drama. Sekarang ni Cikgu Faiz hanya target untuk membeli novel adaptasi je. Sebab apa? Sebab dekat dalam tv memang tak dapat nak tengok jadinya Cikgu Faiz hanya mampu membaca sahaja lah. Huhu. Sadis tak sadis la kan.


Buat masa ni novel yang telah siap dibaca ialah Asam Pedas Untuk Dia dan Bila Hati Berbicara. Tak rugi beli memang terbaik sangat jalan ceritanya tau. Haha. Siap promote lagi.






Taraaa !!! Akhirnya jumpa jugak novel yang tengah meletup-letup di kaca tv beberapa bulan yang lalu. Teman Lelaki Upahan, lama jugak Cikgu Faiz mencari novel ni akhirnya jumpa jugak di kedai buku Popular di IOI Mall Puchong. Kalau korang nak tahu, kesemua novel ni Cikgu Faiz beli dengan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia je. Hihihi. Apa lagi gunakan kesempatan yang ada dengan menyimpan stok novel. Nanti bila-bila masa pon boleh baca terutama bila dah siap assignment dan peperiksaan. Huhu.


Oh ya, antara kesemua novel di atas, Cikgu Faiz baru berkesempatan menaip review novel Asam Pedas Untuk Dia. Korang boleh baca review novel tersebut dengan klik tajuk di bawah. Sekian.


p/s : Target seterusnya ialah novel Hati Perempuan...




Yang menaip,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...