Projek Keceriaan Pondok Sekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 04 Mei 2015


Masih lagi dalam mood bercuti. Kejap lagi dah nak balik Puchong. Esok akan kembali bekerja. Banyak benda yang mesti disiapkan apabila naik sekolah esok. Antaranya, projek menaik taraf pondok menunggu di sekolah. Guru besar telah mengamanahkan Cikgu Faiz dan kawan-kawan di unit Prasekolah untuk menceriakan pondok menunggu untuk murid-murid Prasekolah.




Taraaa.... Inilah projeknya. Bahan macam biasa ambik di internet. Mula-mula print dulu lepas tu gunting dan tampal atas kertas hitam seperti di atas. Lepas tu gunting jadi seperti gambar di bawah pula. Lepas tu baru laminate dan gunting lagi. Memang agak rumit tapi berbaloi sebab hasilnya tidak menghampakan.



Buat benda ni kalau sorang-sorang memang la tak larat sebab banyak kerja kan. Tapi kalau dah semua bekerjasama, kerja yang susah pon akan menjadi mudah. Tak gitu? Nanti bila projek tu dah siap Cikgu Faiz tunjuk hasilnya okey. Sekian.


Yang menaip,

1 comment:

AwekTrader said...

singgah sini...kreatif cikgu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...