0
Orang Memberi Komen

Selamat Hari Guru !!!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 16 Mei 2015


Akhirnya tarikh keramat itu tiba juga. 16 Mei setiap tahun adalah hari yang sangat bermakna untuk semua guru. Tak kisah la cikgu sekolah, cikgu KAFA, cikgu sekolah memandu, cikgu tuisyen dan sebagainya. Anda semua telah mencurahkan ilmu yang tak bertepi buat semua anak didik yang telah diamanahkan untuk kamu.


Alhamdulillah, ini merupakan kali yang ke 10 Cikgu Faiz menyambut Hari Guru. Bersyukur kerana masih diberi peluang dan dipanjangkan usia untuk terus mendidik anak bangsa. Segala ilmu yang Cikgu Faiz curahkan kepada anak didik diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dan berharap suatu hari nanti mereka semua akan menjadi orang yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.


Di kesempatan ini juga Cikgu Faiz ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar Cikgu Faiz terutamanya cikgu-cikgu di SK Tuanku Fatimah dan SMK Sulaiman. Tak lupa juga buat Cikgu Wafdi yang pernah mengajar Cikgu Faiz tentang asas-asas menggunakan komputer. Juga buat cikgu sekolah memandu yang pernah mengajar Cikgu Faiz sehingga berjaya mendapatkan lesen memandu sendiri. Seterusnya terima kasih yang tak terhingga kepada semua pensyarah di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Terima kasih kerana mendidik Cikgu Faiz dari sekolah rendah sehinggalah sekarang ini. Tanpa guru siapalah Cikgu Faiz ni. Tak mungkin akan menjadi seperti sekarang. Semuanya berkat tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan. Terima kasih cikgu.








Selamat Hari Guru juga buat rakan-rakan seperjuangan dan semua yang bergelar GURU.


Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.


Yang menaip,
 

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
0 Comments

0 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...