0
Orang Memberi Komen

Menu Yang Pastinya Membuatkan Korang Telan Air Liur



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 03 Mei 2015


Lega rasanya hari ni sebab Cikgu Faiz dapat submit satu lagi assignment General English. Alhamdulillah. Bukan senang tau nak karang essay dalam bahasa Inggeris. Huhuhu. Subjek ni semua pelajar wajib ambil kecuali yang dah lulus MUET aje dikecualikan. Oleh sebab Cikgu Faiz happy sangat sekarang ni jadi Cikgu Faiz nak belanja korang gambar makanan. Haha... Okey tak? Jangan marah ye. Bila dah lama tak update blog mula la nak post entri santai-santai je. Ambik mood dulu bak kata orang. Betul tak? Hihi. Jom tengok gambar apa la yang Cikgu Faiz sibuk sangat nak tunjuk tu. Huhu.




Haha... Meh nak belanja air dulu. Hihi. Gambar lama sangat dah ni. Tak ter'update'. Hari ni baru nak update secara kombo. Huhuhu. Masa ni Cikgu Faiz dan family jalan-jalan cuci mata di IOI City Mall Putrajaya. Lokasinya di restoran makanan segera Fuel Shack.




Cakkk !!! Tadi air, kali ni burger pulak. Hihihi. Air dan burger tu 1 set. Yang menyesalnya Cikgu Faiz pergi order burger blue cheese. Bluwekkk !! Tak sedap giler la. Ingatkan blue cheese tu sedap. Banyak kali Encik Suami tanya betul ke nak order burger blue cheese ni. Haha. Dia tahu rupanya rasa blue cheese tu. Huh !! Menyirap je. Makan burger pon tak habis sebab termakan blue cheese yang tak sedap tu. Huhuhu. Membazir membazir. Eh, tangan sape pulak tu?




Lagi gambar burger Fuel Shack. Wiwiwi... Yang ada telur tu abang Hakim yang punya. Hihihi. Jangan lupa datang ke restoran Fuel Shack bila korang berkunjung ke IOI City Mall okey. Harga sangat berpatutan. Korang nak set boleh, ala carte pon ada.




Ini dah kenapa pulak ada gambar makanan yang tak siap ni? Huhu. Agak-agak menu apa yang Cikgu Faiz nak masak tu? Kacang goreng sangat jawapannya. Kalau dah ada nasi tu tak lain tak bukan dah tentu la nasi goreng. Ini nasi goreng versi Cikgu Faiz ye. Hihihi. Gambar dah siap takde. Huhu.




Ambik ni pulak. Huhu. Inilah menu Cikgu Faiz di sekolah. Biasanya Cikgu Faiz akan ambik ayam atau ikan bersama dengan sayur. Kalau takde sayur alamatnya makan ayam atau ikan je la. Lepas tu ambik sambal. Simple sangat menu Cikgu Faiz di sekolah. Janji kenyang. Alhamdulillah.




Lalala... Mangga in the house. Hihihi. Lama Cikgu Faiz teringin nak buat mangga asam boi tau. Biasanya beli je. Tapi teringin nak buat sendiri sebab senang sangat. Ada satu hari tu baru jumpa mangga muda. Elok sangat la tu kan. Hihi.




Taraaaa.... siap dah mangga asam boi Cikgu Faiz. Tercapai dah hajat nak buat sendiri. Hihihi. Orang lain mengidam nak makan, Cikgu Faiz mengidam nak buat pulak. Hahaha. Mangga ni Cikgu Faiz bedal sorang sorang je. Anak-anak dah tentu dilarang makan mangga ni sebab masam kan. Huhu. Syok la sebab Encik Suami tak kacau feberet Cikgu Faiz ni. Hihi.




Wah wah wah... Tapi punya la penuh satu balang. Ini dah tinggal suku je. Hihihi. Bukan selalu Cikgu Faiz dapat makan mangga asam boi ni. Sambil-sambil lipat kain sambil ngap tu yang tinggal sikit camni. Huhu. Terbaik la. Memang berbaloi buat sendiri.




Sampai la kita ke menu yang terakhir. Jemput jemput kentang versi Cikgu Faiz. Hahaha. Sebenarnya Encik Suami yang ajar buat jemput jemput ni jadinya bukanlah versi Cikgu Faiz. Mihmih. Goreng lama sikit sampai garing confirm korang akan berebut-rebut kecuali makan seorang diri. Huhuhu.


Tamat sudah entri makan makan Cikgu Faiz pada kali ini. Lepas ni tak tahu bila la pulak nak update blog ni. Sehingga berjumpa lagi ye. Yang pasti, tunggu Cikgu Faiz settle kan semua assignment untuk semester ini. Hari-hari boleh update blog. Huhu. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
0 Comments

0 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...