Review Novel | Suamiku Encik Sotong - Syikin Zainal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 24 Mei 2015


Bertemu kembali. Seperti yang dijanjikan kali ini Cikgu Faiz nak review novel yang juga diadaptasi ke drama di saluran Astro Ria. Novel 'Suamiku Encik Sotong' karya penulis Syikin Zainal.




Erica Sofea seorang gadis lincah dan ceria telah diwasiatkan untuk menerajui syarikat arwah nendanya iaitu syarikat Khaleeda Holding. Pada mulanya Erica begitu gembira kerana dapat mewarisi sebahagian daripada harta arwah nendanya itu. Akan tetapi untuk mewarisi syarikat tersebut Erica hendaklah berkahwin dengan Farish iaitu seorang lelaki lembut yang digelar 'sotong'. Erica cuba menolak tawaran tersebut akan tetapi Farish telah mencabar Erica untuk berkahwin dengannya. Erica yang panas hati serta merta menerima cabaran tersebut dan seluruh ahli keluarga mereka amat terkejut dengan keputusan Erica itu. Perkahwinan Erica dan Farish hendaklah bertahan selama tiga tahun untuk melayakkan Erica menerajui Khaleeda Holding.


Walaupun sudah berkahwin tetapi hubungan Erica dan Farish tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Mereka membawa haluan sendiri. Erica bertindak untuk merahsiakan hubungannya dengan Farish tetapi akhirnya mereka bertemu apabila Farish mula melanjutkan pelajaran di kolej yang sama dengan Erica. Di kolej, hubungan Erica dan Farish bertambah buruk apabila mereka seringkali bertengkar dan ini membuatkan kawan-kawan Erica berasa pelik.


Dalam pada itu, Farish mula mengenali seorang gadis yang bernama Dhia Adirra yang juga sahabatnya. Dalam diam Farish mula menyukai gadis itu. Erica Sofea pula mula dilamun cinta dengan sepupunya sendiri iaitu Tengku Izhan. Sehinggalah akhirnya Erica Sofea telah mengandungkan anak luar nikah hasil hubungannya bersama Izhan. Di saat Erica memerlukan sokongan Izhan, dia telah mengetahui sesuatu yang amat memeranjatkan. Tengku Izhan hanya berpura-pura mencintainya dan telah memerangkapnya supaya dia akan berkahwin dengan lelaki itu untuk merebut jawatan pengerusi Khaleeda Holding. Ini semua perancangan yang dilakukan oleh ibu saudaranya sendiri.


Akibat kecewa, Erica membuat keputusan untuk tinggal bersama suaminya Farish yang digelar sotong itu. Tengku Izhan yang tidak mengetahui hujung pangkal cerita gagal menemui Erica lagi. Manakala hubungan Farish dan Dhia Adirra semakin baik dan mereka merancang untuk bertunang. Belum pun sempat bertunang, hubungan antara Farish dan Erica telah diketahui oleh Dhia Adirra. Dhia Adirra hilang tanpa khabar berita. Farish berasa amat marah dengan tindakan Erica yang tidak mahu berterus terang pada Dhia Adirra.


Erica berasa bersalah kerana telah menyebabkan Farish kehilangan cintanya dan dia telah bertindak melarikan diri ke satu tempat yang tidak diketahui. Tengku Izhan pula semakin tertekan apabila ibunya mamaksanya berkahwin dengan Qareena. Sehinggalah Tengku Izhan beroleh kekuatan untuk berterus terang dan akhirnya dia dapat bersatu kembali bersama Erica Sofea, gadis yang dicintai. Farish pula telah bertindak untuk mencari Dhia Adirra dan dia kini telah berubah dan tidak lembut seperti dulu lagi. Pada mulanya hati Dhia Adirra begitu keras untuk menerima Farish akan tetapi dia tidak dapat menafikan dirinya sendiri bahawa dia sangat cintakan Farish. Akhirnya semua dapat disatukan dengan ikatan pernikahan. Tiada lagi dendam dan sifat tamak yang menguasai diri.





Baru mula membaca dah rasa best sangat novel ni tau. Sebelum tu Cikgu Faiz tertengok di kaca tv. Macam best je cerita ni. Lepas tu baru cari novel. Memang kelakar habis watak Farish tu yang lembut. Hihihi. Tak rugi beli. Memang best. Sekian.


Yang menaip,

5 comments:

Murni Alysa said...

Alahai..bestnya ada masa untuk baca novel..hobiku masa bujang2 dlu..loni dah ke-laut

Unknown said...

lama dah xbaca novel...satu hari leh habiskan tau!

Unknown said...

cerita kat tv pun da best kan...:)

fifie feyca said...

best ea novel dia.. tgk kat tv jek baru...

Nadratul Syazwana said...

Tengok drama tak, baca novel pun tak ekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...