Saya Menang !! Syoknya !!



Assalamualaikum.


Hai, apa khabar semuanya? Ada baikkah? Dah lama betul tak update blog ni. Rindunya tak terkata. Actually aku baru saja pulang dari Zoo Negara. Wah, seronok betul dapat jalan-jalan sambil melihat keindahan flora dan fauna di sana. Habis satu Zoo Negara kami jelajah. Kami? Siapa kami tu? Haha. Dah tentu la aku, Faqih dan suami. Uppss... adik ipar aku pon ada tau. Ok ok. Malam ni tak nak cerita pasal Zoo lagi sebab tak dapat nak upload gambar. Lain kali saja ye. Akan ada entry pasal Zoo Negara. Tunggu tau. Hee....


Hari tu kan, aku ada la join satu contest ni. Aku join pon sebab ada orang yang tag. Untuk tidak menghampakan beliau, aku pon join la. Macam biasa la, aku takde la mengharap sangat untuk menang. Masuk pon sekadar suka-suka dan untuk mengisi masa lapang.


Tup tup bila aku buka je blog arini. Blogger yang menganjurkan contest tersebut suruh aku semak senarai pemenang kat blog dia. Aku pon masuk la tanpa apa-apa harapan pon. Huhu. Tengok punya tengok kat bawah sekali ada nama aku. Ha, cuba korang tengok kat bawah ni.



Alamak ! Ada nama aku la. Betul ke ni?


Hadoi hadoi, tak sangka nama aku boleh naik. Hahaha. Jadi la walaupon dapat saguhati je. Pertama kali dalam sejarah aku berblogging boleh menang contest. Saguhati tak saguhati janji menang kan? Giler seronok aku tengok nama sendiri terpampang kat bahagian bawah sekali tu. Hahah. Entah apa la agaknya hadiah tu ye. Tak sabar pulak rasanya nak tau. Hihi.


Nak tengok entry contest aku tu? KLIK SINI YE. Entry tu simple sangat-sangat.


Sekian.


Anda seorang yang gila internet? LIHAT NI.

8 comments:

Cikgu Ma said...

tahniah...lama tak jenguk cni =)

Nurul Faiz Bikers said...

@Cikgu Ma
tima kasih ya.
baru je dapat online ni :)

Eikyen said...

wahh
tahniah cikgu menang contest
:DD

Nurul Faiz Bikers said...

@Eikyen
tima kasih ya.
happy sangat ni :D

tunz said...

tahniah cikgu faiz!!!

Nurul Faiz Bikers said...

@tunz
terima kasih banyak-banyak di atas ucapan itu :)

Cik Jingga said...

jarang join contest2 nie..sbb yakin xakan menang..muahahaha..btw tahniah ya ^^saguhati dpt pa?

Nurul Faiz Bikers said...

@Cik Jingga
terima kasih ya :)
dapat alat mekap je.
hihihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...