Masihku Ingat.



Assalamualaikum.


Hai. Tak sangka bekas anak murid aku masih ingat pada aku lagi. Walaupon dah hampir setahun aku meninggalkan sekolah lama aku, tapi mereka masih ingat cikgu yang garang ni. Hahaha. Garang ke? Takde la garang tapi tegas. Tegas untuk mendidik mereka supaya menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Insyaallah.


Berbalik kepada cerita tadi. Masa aku dapat tahu je aku kena tukar skolah on the spot fikiran aku jadi tak menentu. Argghh, macam mana la keadaan skolah baru aku nanti. Adakah skolah tu sebaik skolah aku skarang ni. Oh tidak ! Macam mana aku nak berdepan dengan anak murid aku dan memberitahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku berada bersama-sama dengan mereka? Esok tidak akan ada lagi cikgu yang bernama Nurul Faiz.


Akhirnya aku mengambil keputusan untuk merahsiakan pertukaran aku. Aku tak tau macam mana nak bagitau mereka semua. Masuk kelas je aku pandang muka seorang demi seorang. Semuanya wajah-wajah excited bila aku masuk ke kelas. Tak tau la kenapa dorang masih suka aku walaupon diorang selalu kena marah dengan aku. Huhu.


Apa-apa pon aku rasa bersyukur kerana sempat mengajar mereka. Walaupon tak banyak ilmu yang dapat aku bagi aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya tenaga aku diperlukan di sekolah baru ni.


Erm, korang layan je la dialog perbualan antara aku dengan salah sorang bekas murid aku. Kalau tak jelas tu korang pandai-pandai la ye. Sobsob....





cikgu mana yang tak kenal anak murid dia.





cikgu tak pernah lupa anak muridnya. murid je yang lupa kat cikgu kot.





jangan la sedih-sedih.






cikgu takkan pernah lupa.

7 comments:

CikGu Ma said...

mesti cikgu baik ni..=)

shida'R said...

huhu so sweet cikgu..sedih lak baca huhu ^_^

Nurul Faiz Bikers said...

@CikGu Ma
huhu. boleh tahan la baiknya.


shiha : sobsob...

Onitsuka_hana said...

mesti sedih nak tinggalkan anak murid

Nurul Faiz Bikers said...

@Onitsuka_hana
hmm.... baru nak beramah mesra dah kena pegi.. huhu

Nora Karim said...

hm... biasalah kerja cikgu... yg penting kita ikhlas nak mendidik anak bangsa... anyway... good luck ditempat baru.. :D

Nurul Faiz Bikers said...

@Nora Karim
terima kasih atas doa yang diberi.
ya, sy sedang menyesuaikan diri di tmpt baru ni.
Alhamdulillah sudah semakin serasi dgn suasana di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...