Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my



Mengapa menggunakan muzik?

Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Pada usia tiga hingga lapan tahun merupakan tempoh yang sangat penting bagi perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar berinteraksi dengan ibu bapa, keluarga dan rakan sebaya. Kanak-kanak akan belajar berdasarkan pemerhatian mereka terhadap cara dan tingkah laku individu di sekeliling mereka berinteraksi. Cara didikan dan asuhan memperkayakan pengalaman kanak-kanak dan membantu mempertingkatkan kepintaran kanak-kanak.


Muzik pula merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi perkembangan diri kanak-kanak. Menurut ahli psikologi terkenal, Howard Garner (1983), kecerdasan muzik adalah sama penting seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan matematik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal.


Muzik membantu pertuturan kanak-kanak

Bahasa penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Semakin meningkat usia kanak-kanak, semakin banyak perkataan yang diketahuinya. Ibu bapa, keluarga dan guru-guru digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa. Untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak, ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda. Aktiviti-aktiviti tersebut hendaklah dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan kanak-kanak. Kekerapan bertutur dalam sesuatu atau lebih bahasa akan dapat menajamkan kemahiran berfikir kanak-kanak.


Justeru, melalui muzik, ibu bapa dan guru-guru boleh membantu pertuturan kanak-kanak dan memperkayakan perbendaharaan kata mereka. Kanak-kanak pasti teruja untuk menggunakan ayat-ayat atau perkataan dari bait-bait lagu yang dinyanyikan bersama rakan sebaya.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik Dan Perkembangan Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


GOLD INVESTMENT


Yang benar,

7 comments:

Dayang Deno said...

muzik dan kanak2 memang bagus.. pastu kanak2 ni peka sgt dgn lagu.. kalau ajar kan, sekejap je dia ingat lagu yg kita ajar tuu.. kan :)

Dingdang said...

@deno
betul tu Deno. Kanak-kanak sukakan muzik dan lagu.

paejahrock said...

masa zaman sekolah rendah, ibu saya selalu bagi saya buat homework atau ulangkaji sambil dengar radio.
masa tu belajar sangat relax.
sampai sekarang kalau tengah buat revision pun mmg dh terbiasa sambil dengar muzik. :D

kurus said...

setuju dik !
TQ sharing this infoo dear ..

Mimie said...

betul....sy pun kalo nk ajar anak2 mesti bukak yg siap de lagu

Huda Engku said...

hehe sampai ke besar ni pun suka betul lagu2 :D

kalau nak cakap psl seronoknya belajar dgn lagu ni, masa saya praktikal d sekolah menengah dulu pun students suka belajar pakai lagu, dorang lebih mudah ingat English vocab, pastu bila disuruh nyanyi memang seronok la dorang.

p/s: howard garner ke howard gardner?

sHaRiNa eLyaNa said...

bgus tuk minda sha juga kalu stress hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...