Muzik Membina Keyakinan Diri



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com


Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan mereka sering ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka meneroka dunia dan persekitaran disebabkan perasaan ingin tahu. Melalui muzik, kanak-kanak akan lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar dan 'menjelajah dunia' mereka. Mereka akan menunjukkan keyakinan untuk mencuba aktiviti baru, memberi idea dan perhatian serta fokus terhadap aktiviti tersebut.



Muzik Meningkatkan Kreativiti

Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh seseorang dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada manusia. Kanak-kanak pula sentiasa mempunyai idea-idea baru dan suka berimaginasi. Mereka sering melahirkan idea-idea mereka melalui contengan dan lakaran yang dibuat pada dinding, meja dan kertas-kertas.


Kanak-kanak seharusnya diberi peluang untuk mengembangkan imaginasi mereka. Mereka perlu digalakkan menggunakan minda fikiran dengan menghasilkan idea-idea baru mengikut citarasa mereka. Semakin banyak rangsangan dilakukan, semakin meningkat daya kecerdasan kanak-kanak. Muzik boleh digunakan secara berkesan bagi melatih dan menjana kreativiti kanak-kanak. Pergerakan-pergerakan kreatif mengikut irama lagu dan bait-bait lagu menyeronokkan kanak-kanak.



Tahap Perkembangan Muzik dan Kanak-Kanak

Muzik ialah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural (Campbell, 1995). Selain daripada itu, terdapat juga gerakan-gerakan yang sesuai dengan elemen-elemen pendengaran tersebut. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam bentuk elemen bunyi dan gerakan. Terdapat enam elemen muzik iaitu melodi, irama, harmoni, tempo, ekspresi dan bentuk.


Tahap Awal

Pada tahap ini, kanak-kanak boleh mengenal pasti berbagai jenis bunyi dan memberi perbezaannya dari aspek tinggi dan rendah, panjang dan pendek, ringan dan berat. Kanak-kanak juga boleh menguji bunyi dengan berbagai alat bagi mengesan perbezaan bunyi dan mengumpul alat-alat dalam kumpulan yang sama jenis bunyi. Kanak-kanak juga boleh mengiringi nyanyian dan aktiviti dengan alat yang tertentu mengikut bunyi.


Tahap Ansur Maju

Pada tahap ini kanak-kanak boleh menyanyi dan bermain alat dalam nada yang betul. Kanak-kanak boleh menyanyi dan bermain alat mengikut irama dan kualiti ekspresi yang tepat. Pada waktu ini juga, ia membentuk "pendengaran dalaman" (inner hearing) kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh menyanyi dan bermain alat muzik sambil membaca skor dan mengikut dinamik bertulis. Malahan, kanak-kanak juga sudah boleh menggabungkan aktiviti nyanyian, bermain alat dan pergerakan mengikut skor.


Tahap Maju

Kanak-kanak yang berada pada tahap ini boleh berbincang tentang mod dan perasaan yang ada dalam sesuatu muzik. Mereka belajar memilih alat yang sesuai mengikut sesuatu gubahan. Kanak-kanak juga sudah mengenali peranan bunyi dan fungsi dalam masyarakat (contoh: alat muzik sape) dan biasa dengan muzik dari negara-negara lain. Kanak-kanak juga telah mampu memberi idea dan dapat berbincang tentang bunyi yang berkualiti dalam persembahan. Kanak-kanak juga boleh berbincang tentang harmoni, tekstur dan bagaimana ianya memberi efek dalam sesuatu muzik.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

6 comments:

sHaRiNa eLyaNa said...

dtg sni..sory late..byk keja lalalalal

Mimie said...

info yg bagus...muzik memg bagus kan utk terapi

AFNI said...

hehehe.. tomey sgt budak tu mnari.. hehehe

hana hadi said...

betul tu

Unknown said...

info yang menarik ^_^

Shida Radzuan said...

muzik mmg mmbntu muzik juga mmbinasakn kalo blebihan mdgr muzik ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...