Faqih Yang Obses...



Assalamualaikum.


Semua orang pon mesti ada perasaan obses terhadap sesuatu benda kan? Faqih juga tidak terkecuali. Biasanya budak-budak kecil ni teramatlah obses dengan bantal busuk atau puting. Tetapi tidak bagi Faqih. Untuk pengetahuan semua Faqih tidak boleh berenggang dengan lampin atau napkin. Memang sejak bayi lagi Cikgu Faiz sentiasa meletakkan sehelai lampin di sisi Faqih sebab senang bila nak lap kesan comot akibat minum susu, termuntah, lap tahi mata, lap air mata dan sebagainya.


Akibatnya, Faqih sudah terbiasa dengan lampin dan kalau dia ternampak la kelibat lampin tu mesti dia akan mintak. Pulak tu sekarang ni lampin dan tinggal beberapa helai sahaja sebab yang lain-lain dah hilang entah ke mana. Huhu. Bila dapat je lampin, maka bermacam-macam aksi dapat dilihat. Contohnya seperti di bawah ini....





macam nak gulung-gulung lampin.




lampin mesti ada kat sebelah. Kalau ada orang ambik alamatnya terjerit-jerit la Faqih mahukan lampinnya semula.




letak lampin atas kepala. kalau hari hujan boleh la buat macam ni. huhu.




tangan mesti nak buat macam tu.




buat muka tembam. 


Bukan sahaja budak kecil, orang dewasa juga mesti mempunyai perasaan obses terhadap sesuatu. Jom kongsi. 




With ♥..,

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize.


Assalamualaikum.


Kali ni Cikgu Faiz nak join Give Away yang telah ditag oleh CIK BURUNG. Untuk pengetahuan semua, GA ini dianjurkan oleh CIK BUAYA. Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama memeriahkan GA ini. Mana tau bernasib baik boleh menang hadiah yang korang nak. Best kan?


Kalau begitu, mari kita tengok syarat-syarat penyertaan...


1. Wajib follow blog KISAH KLASIK AZURA aka CIK BUAYA. 

2. Mesti Like Fan Page CIK BUAYA (KISAH KLASIK AZURA) di FB.

3. Buat entry yang bertajuk : Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize.

4. Letakkan banner di bawah ini dan link kan ke entry INI.


5. Pilih salah satu hadiah di atas. Boleh rujuk senarai hadiah KAT SINI. Cikgu Faiz memilih hadiah kamera lomo with film.

6. Tag 3 orang rakan blogger dan pastikan mereka tahu --> AZWA , OOPET , AMYZA .

7. Komen di entry INI LAGI.


TARIKH TUTUP 12 OGOS 2012


Siap? Apa lagi? Tekan la PUBLISH. Hehe.


With ♥..,

Video : Pesta Floria 2012 Di Putrajaya.



Assalamualaikum.


Pesta Floria sudah pun melabuhkan tirainya. Masa hari Sabtu baru-baru ni Cikgu Faiz berkesempatan untuk menyaksikan percikan bunga api yang berwarna-warni di sana. Kesesakan lalu lintas memang tak dapat nak digambarkan. Susah betul nak dapat parking. Setelah berpusing beberapa kali di sekitar kawasan pesta floria tersebut akhirnya Encik Suami berjaya juga mendapatkan tapak untuk meletakkan kenderaan.


Sampai-sampai je memang terserlah kemeriahan pesta ni. Dari jauh dah nampak kapal yang dihias cantik terapung di dalam tasik. Berwarna-warni. Okey, straight to the point. Cikgu Faiz nak tunjukkan video semasa percikan bunga api tersebut. Lebih kurang jam 10.30 ++ kalau tak silap. 


Err... maaflah, video ni tak berapa betul. Sorry kalau korang terpaksa menyengetkan kepala semasa menonton video ini. 


SELAMAT MENONTON !




Dah tengok ? Menarik tak ? Diharap korang semua sudi klik salah satu tabung di bawah ini :)






TERIMA KASIH !!


With ♥..,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...