Katerina | Secoret Kesayuan Hati (Saga 2)



Assalamualaikum.


Hai, semalam aku beli novel kat bawah ni. Beli kat Giant Senawang je. Harga RM19.90. Kulit novel bukan seperti di bawah ni ok. Gambar kat bawah ni aku search kat google je. Malas nak snap. Warna kulit buku tetap pink. Cuma design kulit dah lain sikit. Baru la nampak pembaharuan kan?


Jom baca sinopsis novel Katerina ni.




Siapalah Katerina di hati Kasyah?


Segalanya tinggal memori. Ayu pergi takkan kembali.


Aku telah mengenali dua wanita hebat yang sempat aku labuhkan kasih sayangku. Juga... yang pernah aku cintai setulus hatiku. Walaupun aku tak dapat memiliki kedua-dua mereka... aku tetap berpuas hati dan bersyukur ke hadrat ilahi... setidak-tidaknya aku sempat membahagiakan mereka walau untuk sementara.


Bagai tak terpijak kakinya di bumi,
Bagaikan langit jatuh menghempap diri...
Dugaan tiada terperi dengan sisa cinta suci yang tiada berbelah bagi,
Mewarnakan semula pelangi cinta Kasyah yang telah mati.

Mungkinkah di persada indah akhirnya,
Antara Kasyah dan Katerina...
Atau di persimpangan beronak mereka dihamparkan?

Penuh debaran, bersilih cabaran...
Yang datang dan yang pergi...
Semuanya mengusutkan keadaan.

Kejelitaan Zahirah mengocak damai...
Kerakusan Hisyam semakin menghancurkan...
Namun segalanya di tangan Tuhan !
Akan tumbangkah pohon cemara ke bumi...
Atau menguntum bunga cinta di kaki pelangi?

2 comments:

Bicara Bisu said...

assalam....

1st time Ruby dtg kt blog DingDang...

erm....bila tgk novel LBS...tue rsa cm nk bc lg ja novel nie..

tp ssh nk cri novel LBS kn....

Dingdang said...

@Ruby Mahabbah Fillah
wsalam.
terima kasih kerana sudi datang ke blog ni.
novel LBS masih ada di pasaran.
Ianya tak sesusah novel Kasih Yang Suci.
sampai sekarang sy belum jumpa :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...