Inilah dia tetamu yang datang ke prasekolah pada 02 Ogos 2016 bersamaan dengan hari Selasa. Dua ekor ular sawa dari JPAM.
Anak ular sawa. Tengok mulut dia dah kena salotape.
Abang-abang JPAM memberi peluang kepada murid-murid untuk menyentuh ular sawa. Cikgu Faiz memang tak sanggup la. Yang ni pon mulut dah kena salotape.
Masa ekor ular sawa ni cecah je lantai, apa lagi menjerit-jerit budak-budak ni. Kecoh sekejap dibuatnya. Cikgu pon takut sebenarnya. Huhu.
Masa ni murid-murid dah beranjak ke belakang. Takut punya pasal. Dua orang dekat tepi tu steady je.
Ada jugak la yang berani nak pegang ular sawa tu. Nasib baik abang JPAM tu pandai mengawal keadaan. Hihihi.
Siap berposing lagi dengan ular. Cikgu hanya mampu merakamkan gambar. Nak selfie pon tak berani dah.
Sebenarnya kedatangan abang JPAM bersama ular-ular ini adalah bersempena dengan Minggu Pendidikan Khas. Oleh kerana murid-murid prasekolah ni tidak bersama menyaksikannya di Dewan Terbuka, makanya penyelaras program membawa tetamu ini berkunjung ke prasekolah. Okey la, lepas ni Cikgu Faiz nak delete gambar-gambar ini di laptop dan handphone. Seram.
Yang menaip,
2 comments:
Terus akak tinjau bawah katil ada ke tak sesuatu...takuttttt...
uishh..x prnh lg rasa pgg ular sawa..tp eii..geli gak sbnrnya..hoho
Post a Comment