Showing posts with label hospital kapal. Show all posts
Showing posts with label hospital kapal. Show all posts

Lirik | Ma Eun Jin - A Strange Day (OST Hospital Ship)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 20 Februari 2018


Selamat bekerja kepada yang bekerja pada hari ini dan selamat bercuti kepada yang masih bercuti (Cikgu Faiz la tu....). Alang-alang masih bercuti ni Cikgu Faiz agak rajin nak berkongsi lirik lagu korea lagi. Cikgu Faiz dapat lirik ni dari youtube. Semenjak kembali bergiat aktif menonton drama korea ni banyak pulak lagu yang best best. Lagu dari drama Hospital Ship yang berjudul A Strange Day. Selamat mendengar.



Pelakon utama Hospital Ship. Dari kiri Kang Min Hyuk dan Ha Ji Won.



Ma Eun Jin - A Strange Day

Eoje geoddeon gireul dasi tto han georeum georeogago
Dahji anhneun kkumeun keu bicheul irheogago
Godoen haru haru kkeute
Seulpeumeul jamsi noheul su isseulkka

Keu natseon gonggi keu yateun wiro
Damdamhage nae maeumeul jitnureuneun bam
Keu jajeun hansum keu teong bin miso
Keureohke nareul bonda

Sarang mium jocha nae gyeoteul keureohke seuchyeogago
Banbokdeoneun salmeun uimireul jiwogago
Gyeou jami deuneun saebyeok
Haengbokeul jogeum chajeul su isseulkka

Keu natseon gonggi keu yateun wiro
Damdamhage nae maeumeul jitnureuneun bam
Keu jajeun hansum keu teong bin miso
Keureohke nareul bonda

Maeil banbokdeon hangsang banbokdeon
Naui eojewa naui naeireun
Ttokgateun jejari georeum 

Keu natseon gonggi keu yateun wiro
Damdamhage nae maeumeul jitnureuneun bam
Keu jajeun hansum keu teong bin miso
Keureohke nareul bonda




Baca sinopsis Hospital Ship >>> SINI

OST Hospital Ship >>> I Feel Love


Yang menaip,

KDrama | Hospital Ship



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 20 Januari 2018


Malam tadi tamatlah sudah Cikgu Faiz marathon menonton drama korea Hospital Ship. Lama sangat kali ni sebab ada 40 episod. Setiap episod tak sampai sejam pon sebenarnya tapi kerana kekangan masa jadinya kena la tunggu waktu yang agak lapang baru dapat tonton. Apa yang best tentang drama Hospital Ship ni?




Hospital Ship mengisahkan doktor-doktor muda yang bertugas di hospital kapal demi membantu merawat pesakit-pesakit di beberapa buah pulau kecil yang berhampiran. Song Eun Jae merupakan seorang doktor pakar bedah telah ditugaskan ke hospital kapal. Rawatan di hospital kapal pada awalnya hanyalah biasa-biasa sahaja akan tetapi setelah kehadiran Song Eun Jae, beliau telah berjaya menjalankan pembedahan yang sangat rumit. Song Eun Jae menjadi seorang doktor pakar bedah yang berjaya tetapi pada waktu yang sama beliau mempunyai masalah keluarga. 



Kwak Hyun merupakan seorang doktor yang sangat bertimbang rasa dan mengambil berat. Beliau mempunyai seorang ayah yang juga seorang doktor bedah tetapi mengalami masalah kesihatan. Pada awalnya agak sukar untuk Kwak Hyun bekerjasama dengan Song Eun Jae. Setelah beberapa ketika mereka mula mencipta keserasian.



Kim Jae Geol seorang doktor yang sering menggunakan kaedah akupuntur. Ayahnya seorang doktor yang obses dengan teknik perubatan moden. Mereka tidak sehaluan disebabkan berlakunya insiden pada suatu masa dahulu. Kim Jae Geol menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan dan mula bertugas di hospital kapal. Kim Jae Geol tidak mahu dibayangi oleh ayahnya yang sangat pakar dalam bidang perubatan.



Cha Joon Young merupakan seorang doktor gigi dan berkawan baik dengan Kim Jae Geol.



Rintangan demi rintangan telah dihadapi demi menyelamatkan pesakit. Dapatkah mereka mempertahankan hospital kapal daripada ditamatkan perkhidmatannya? Korang kena tonton sendiri. Drama korea pastinya takkan mengecewakan. Memang nampak real sangat.




Hospital Ship dibintangi oleh barisan pelakon korea yang cantik dan handsome. Dari kiri, Ha Jo Won sebagai Song Eun Jae, Kang Min Hyuk sebagai Kwak Hyun, Lee Seo Won sebagai Kim Jae Geol dan Kim In Sak sebagai Cha Joon Young.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...