Showing posts with label puchong. Show all posts
Showing posts with label puchong. Show all posts

Tersalah Rumah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 08 Ogos 2017


Lama tak bersiaran. Entri kali ni Cikgu Faiz ingin berkongsi cerita yang agak memalukan yang berlaku pada hujung minggu lepas. Masa tu Cikgu Faiz nak hantar lipstik yang di order oleh customer di rumah abangnya.




Kisahnya begini... Kira-kira pukul 8.30 malam tu Cikgu Faiz dan Encik Suami bertolak untuk ke rumah customer. Kawasan tu memang dah jarang pergi jadinya agak sukar untuk menemui rumah customer tersebut. Nak dijadikan cerita malam tu Cikgu Faiz memang akan ikut direction dari aplikasi waze sebab senang tak payah nak tercari-cari.


Bila dah masuk ke kawasan perumahan tersebut, rasanya takde la sesukar mana nak jumpa rumah kan, tapi biasalah kan Encik Suami tu kadang-kadang bukan nak ikut sangat waze ni. Jadinya masuk punya masuk lorong tu waze pon asyik bertukar arah sebab kami dah tak ikut jalan yang waze tu bagi. Lepas tu dah jumpa rumah bernombor tut.... Dengan confident nya Cikgu Faiz menekan loceng tapi macam takde bunyi je. Huhu. Cikgu Faiz pon bagi salam, "Assalamualaikum....", dengan yakin sekali.


Tiba-tiba keluar seorang lelaki cina. Dalam hati Cikgu Faiz berkata mungkin lelaki ni mualaf kot. Huhuhu. Cina tu macam terkejut kot sebab Cikgu Faiz datang bagi salam. Lepas tu keluar anak dia. Muka macam cina (dah memang cina la. huhu). Ah sudah. Salah rumah ke ni? Huhuhu. Cikgu Faiz siap cakap lagi nak hantar barang. Lepas tu cina tu cakap wife dia tengah mandi. Huhuhu. Lepas tu ada panggilan masuk. Rupanya dari abang customer yang order lipstick tu. Alamak, dah sah-sah la Cikgu Faiz dah tersalah rumah ni. Hahaha. Cikgu Faiz tanya cina tu jalan yang Cikgu Faiz nak tuju dia tunjuk arah belakang rumah dia. Hahaha. Nombor rumah dah betul. Lorong yang salah. Adui.... Malu sangat rasanya weh tapi nasib baik la malam jadi takde la nampak sangat kan. Haha. Nasib baik la cina tu okey je lepas Cikgu Faiz minta maaf kata tersalah rumah. Hihihi. Rumah yang dicari pon selamat dijumpai. Kihkihkih. Memalukan betul.


Korang kalau nak order lipstick Ephyra boleh la whatsapp Cikgu Faiz ye. Sebatang RM30 je tapi tak masuk kos penghantaran / cod untuk luar kawasan Puchong ye. Jom tengok 8 warna menarik lipstick Ephyra ni.





Ini salah satu warna yang Cikgu Faiz pakai. Pink peony yang merupakan warna kegemaran Cikgu Faiz. Hihi. Kalau korang dah berkenan dan nak order boleh je Whatsapp Cikgu Faiz >> 012 9771902. Sekian.


Yang menaip,

Inteemor : Rahsia Kecantikan Luaran dan Dalaman Wanita



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 04 Oktober 2015


Hai semua. Kali ini Cikgu Faiz ingin memperkenalkan satu lagi produk terbaharu daripada Oceanlife Marketing iaitu INTEEMOR. Untuk pengetahuan semua, sebelum terhasilnya INTEEMOR ini Oceanlife Marketing terlebih dahulu telah mencipta nama dengan produk terlaris mereka iaitu EPHYRA yang merupakan minuman kesihatan dan kecantikan. Selepas kejayaan produk EPHYRA, syarikat ini mula mengorak langkah dengan menghasilkan EPHYRA SKIN BAR iaitu sabun untuk merawat masalah kulit serta M2FLEX iaitu minuman kesihatan untuk lelaki dan yang terbaru ialah produk yang diberi nama INTEEMOR.




INTEEMOR adalah minuman jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan, kesuburan dan kesihatan wanita persis gadis sunti.


Diadun dan diperkaya dengan 1001 khasiat rahsia herba semulajadi, yang sangat cepat menyerap ke dalam tubuh kerana kandungannya adalah dari sumber padat yang diambil dari patinya sahaja. Hasilnya dapat dirasai selepas 3 hari dan jika diamalkan secara berterusan mampu mengembalikan kecantikan, kesuburan dan kesihatan seperti wanita muda. Antara bahan yang terkandung di dalam setiap botol INTEEMOR adalah seperti rajah di atas.




Rajah di atas merupakan antara kebaikan INTEEMOR. Cikgu Faiz dah cuba Inteemor ni ternyata ianya bagus untuk mengatasi masalah keputihan. Rasanya pula macam jamu pon ada. Rasa herba gitu tapi masih boleh telan lagi la. Huhuhu. Kepada wanita-wanita di luar sana yang mempunyai masalah seperti di atas boleh la mencuba Inteemor ni. Kalau tak cuba kita tak tahu akan keberkesanannya. Dah cuba sebotol baru tahu kan.




Harga pengenalan Inteemor RM49 tak termasuk kos penghantaran ye. Tetapi untuk pembaca di blog ini Cikgu Faiz nak bagi percuma postage hanya untuk ke semenanjung sahaja. Jadi kepada yang berminat untuk mencuba Inteemor ini boleh la WhatsApp Cikgu Faiz di 012-9771902 dan masukkan kata kunci >> INTEEMOR CUTE<< Yang nak COD pon boleh. Cikgu Faiz boleh hantar di sekitar Puchong, Puchong Perdana, Kampung Sri Aman Puchong, Putra Perdana, Saujana Putra dan Taman Equine Seri Kembangan. Sekian.


Samsung Galaxy Note 5 hanya RM1138 je. Check it out >>> SINI


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...