Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Mengelakkan Jangkitan HFMD



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 19 Ogos 2017



Picture by Google


Susulan daripada entri sebelum ini >Apakah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?<, guru dan pengasuh di tadika / taska / pusat jagaan / prasekolah boleh mengambil langkah-langkah seperti di bawah bagi mengelakkan jangkitan HFMD di kalangan kanak-kanak.

1) Lakukan saringan kesihatan terhadap kanak-kanak di pintu masuk tadika / taska / pusat jagaan / prasekolah.

2) Meningkatkan tahap kebersihan premis, selalu mempraktikkan aktiviti cucian tangan sebelum dan selepas menukar lampin atau memegang kanak-kanak terutamanya yang disyaki bersimptom.

3) Memastikan kanak-kanak mengamalkan amalan membasuh tangan yang betul dengan menggunakan sabun dan air yang mengalir.

4) Tidak berkongsi barangan peribadi seperti pakaian, tuala, berus gigi, selimut, perkakas makanan dan minuman serta alat mainan.

5) Buang lampin (pampers) di tempat yang betul.

6) Bersihkan semua kelengkapan seperti kerusi dan meja termasuk barang permainan selepas setiap kali digunakan.



CADANGAN DAN TIPS UNTUK SARINGAN

1) Tetapkan satu tempat untuk melakukan pemeriksaan kepada semua kanak-kanak, sebaik-baiknya berdekatan dengan pintu pagar tadika / taska / pusat jagaan / prasekolah sebelum kanak-kanak masuk ke kelas.

2) Melakukan pemeriksaan kanak-kanak secara berasingan. Jangan biarkan kanak-kanak berkumpul. Untuk memastikan pemeriksaan berjalan lancar, guru / pengasuh boleh meminta kanak-kanak beratur dan lakukan pemeriksaan seorang demi seorang.

Pastikan anda mencuci tangan dengan air dan sabun :

--> Sebelum dan selepas selesai pemeriksaan ke atas semua kanak-kanak.
--> Selepas pemeriksaan setiap kanak-kanak terutama sekali sekiranya berlaku sentuhan (contohnya semasa mengambil suhu).

3) Gunakan sarung termometer yang baru (untuk digital termometer) atau pelapik prob telinga (untuk aural termometer) bagi setiap kanak-kanak yang diperiksa.

4) Anda juga boleh mengikuti tips seperti di bawah :

--> Mulakan pemeriksaan awal, sebaik-baiknya sebelum sesi bermula untuk mengelakkan 'overcrowding' semasa pemeriksaan dan mengurangkan masa yang digunakan untuk pemeriksaan.

--> Untuk kanak-kanak yang hadir ke taska / tadika / pusat jagaan / prasekolah lebih awal, lakukan pemeriksaan semasa kehadiran ibu bapa agar sekiranya kanak-kanak bergejala, anda boleh memaklumkan terus perkara tersebut kepada ibu bapa.

--> Sediakan jadual khusus untuk pekerja bagi aktiviti saringan dan pemeriksaan.



PEMERIKSAAN KHUSUS UNTUK HFMD

1) Ambil suhu badan kanak-kanak menggunakan termometer digital atau aural (telinga).

2) Periksa ulser di dalam mulut.

3) Periksa lepuh di bahagian tapak tangan dan belakang tapak tangan.

4) Periksa lepuh di bahagian tapak kaki.



APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA MENGESYAKI KANAK-KANAK DIJANGKITI HFMD?

1) Asingkan (isolate) kanak-kanak di dalam bilik isolasi / sudut khas daripada kanak-kanak lain.

2) Hubungi ibu bapa / penjaga kepada kanak-kanak.

3) Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga untuk membawa kanak-kanak yang dijangkiti ke klinik. Sekiranya diagnosis adalah bukan HFMD, pastikan surat pengesahan daripada doktor diperolehi dan diberikan kepada pihak sekolah / tadika.

4) Setelah kanak-kanak yang disyaki HFMD dibawa pulang, pastikan anda melakukan disinfeksi kepada alatan mainan atau perabot yang mungkin disentuh oleh kanak-kanak terbabit.

5) Sekiranya kanak-kanak disahkan menghidap HFMD, pastikan ibu bapa / penjaga tidak menghantar anak mereka ke sekolah / tadika / pusat asuhan sehingga tanda / gejala pulih. Pastikan kanak-kanak hanya tinggal di rumah dan tidak bergaul dengan adik beradik lain yang sihat.

6) Sentiasa bertindak tenang dan tidak menyebabkan panik kepada kanak-kanak yang dijangkiti, ibu bapa / penjaga serta kanak-kanak yang lain.



PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN

1) Pastikan setiap kanak-kanak mengamalkan amalan membasuh tangan yang kerap dengan menggunakan sabun dan air yang mengalir terutamanya semasa :

--> semasa masuk ke sekolah
--> sebelum dan selepas makan
--> selepas waktu bermain
--> selepas menggunakan tandas

2) Sentiasa ingatkan kanak-kanak untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin.

3) Laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran sekiranya terdapat mana-mana kanak-kanak yang disyaki menghidap HFMD atau lain-lain penyakit berjangkit.


Sumber : Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Yang menaip,

6 Buah dan 4 Sayur Pilihan Bantu Menentang Lemak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 25 Mei 2017


Diet yang bagus dipenuhi dengan makanan semulajadi. Makanan sebegini perlu untuk kejayaan mengurangkan berat badan. Bertuahlah bagi pengamal diet kerana buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di sekeliling penuh dengan zat yang baik untuk kesihatan. Siapa sangka menentang lemak amat 'menyedapkan'. Di sini Cikgu Faiz kongsikan beberapa tips untuk menentang lemak berlebihan di dalam badan tu. Caranya senang je. Makan, makan dan makan. Hihi. 


Raspberi



Raspberi mengandungi antosianin flavonoid yang mampu membantu tubuh menghasilkan adiponectin iaitu sejenis hormon yang dikaitkan dengan merendahkan tahap glukos, mengekang rasa ingin makan dan merangsang metabolisme. Tidak kiralah sama ada segar mahupun yang telah disejuk beku, raspberi adalah sumber terbaik serat, zat yang diperlukan dalam memperbaiki pencernaan dan membantu menentang kekembungan.


Blueberi



Banyak kebaikan blueberi selain daripada rasa masam untuk deria rasa anda. Penyelidik di sebuah negara mendapati, diet yang kaya dengan blueberi boleh mengubah bagaimana tubuh menyimpan dan memproses gula untuk tenaga. Jadikan blueberi sebagai snek ringan bagi menyokong sasaran anda untuk mengurangkan berat badan.


Tembikai



Tembikai mengandungi 92% air. Dengan memakannya pada hari panas akan membantu anda segar. Ini juga akan menghalang anda daripada dehidrasi. Perut juga sentiasa kenyang dengan jumlah air yang anda peroleh daripada buah ini. 


Nanas



Nanas tinggi dengan enzim bromelain yang akan membantu memecahkan protein dan melegakan pencernaan. Sistem pencernaan yang baik akan membantu sasaran untuk mengurangkan berat badan.


Acai Beri



Seperti juga raspberi, buah tropika acai beri ini amat pekat dengan antosianin yang akan membantu tubuh menghasilkan adiponectin, hormon yang merangsang metabolisme. Acai beri juga kaya dengan lemak sihat dan serat yang merangsang kesihatan kardiovaskular dan pencernaan. Kalau anda semua ingin tahu, acai beri juga merupakan salah satu bahan yang terkandung di dalam minuman kolagen Ephyra.


Mangga



Mangga amat menyedapkan apabila dibuat salad atau salsa. Cikgu Faiz paling suka makan mangga masak macam macam tu je. Memang sedap. Rasanya mesti ramai juga peminat buah mangga dekat sini. Terdapat kaitan antara pengambilan mangga dan menurunkan gula dalam darah pada orang dewasa obes berikutan dengan kandungan serat di dalamnya. Apabila gula dalam darah telah diseimbangkan, tubuh berupaya untuk mengatur hormon dan membakar lemak dengan mudah.


Timun



Timun mengandungi kira-kira 95% air. Timun juga memiliki sifat diuretik semulajadi yang akan membantu tubuh mengurangkan pembendungan air dalam badan dan menentang kekembungan.


Terung



Terung rendah indek glisemik, rendah karbohidrat dan kalori serta tinggi dengan zat yang diperlukan tubuh. Sayuran ini amat sesuai dijadikan bahan dalam resepi untuk pengamal vegetarian.


Kubis



Memakan kubis yang kaya dengan air dan mineral sebagai amalan mampu membantu tubuh membuang berat akibat cecair berlebihan.


Zukini



Zikini tinggi serat dan rendah kalori. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan bahan dalam salad. Dengan memakannya, ia mampu membantu memotong pengambilan karbohidrat dan kalori.


Sumber : Mingguan Wanita Bil 1707


Haaaa..... lepas ni rajin-rajin la makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disebutkan di atas  tu sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan secara sihat. Sekian.


Yang menaip,

Makan Buah, Sayur Elak Perut Buncit




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 04 Mac 2016


Mendapatkan perut yang kempis bukan hanya bergantung kepada aktiviti senaman sahaja, malah pengambilan diet yang seimbang secara konsisten setiap hari juga boleh membantu. Justeru, lebihkan makanan yang diketahui mempunyai khasiat yang banyak dalam sayuran dan buah berbanding hidangan yang tinggi lemak serta berminyak.


Ubah kegemaran mengambil snek yang tidak sihat dengan buah yang pastinya memberi manfaat kepada individu yang mahu mendapatkan perut menarik terutamanya bagi melancarkan proses pencernaan. Terdapat beberapa jenis buah yang boleh diamalkan bagi membantu mengurangkan masalah perut buncit. Panduan yang dikongsi ini mungkin dapat membantu memberi idea menarik untuk menjadikan amalan sihat dengan menikmati buah sebagai snek harian.




  • Tembikai


Buah yang kaya dengan air ini akan membuatkan kita kerap membuang air kecil, sekali gus membantu mengeluarkan garam di dalam tubuh yang menyebabkan perut kembung.







  • Pisang


Pisang yang kaya dengan kalium dan potasium boleh membantu mencegah pembentukan gas di dalam perut di samping boleh mengeluarkan angin. Pisang juga membantu membuatkan perut menjadi kenyang sehingga mampu mengawal pengambilan makanan yang berlebihan.







  • Avokado


Avokado kaya dengan kandungan enzim lipase yang bagus untuk pencernaan iaitu membantu memecahkan lemak dan memindahkan makanan daripada perut ke usus, sekali gus mencegah angin dalam perut.







  • Nanas


Buah nanas kaya dengan enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuatkan perut tampak kempis. Nanas juga membantu membersihkan usus daripada lemak yang berkumpul dan sisa lain ketika proses pencernaan.







  • Betik


Proses pencernaan yang lancar memberi manfaat kepada badan khususnya perut kerana ia membantu bahagian berkenaan tidak buncit. Justeru, sekiranya mengamalkan makan buah betik setiap hari, ia dapat mengelakkan gangguan sistem pencernaan.


Sumber :: Harian Metro > 25 Februari 2016
Gambar ihsan Google


Yang menaip,
Cikgu Faiz     

Kopi Mata Cen Roma Untuk Mata Anda



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 12 Jun 2014


Beberapa minggu lepas Cikgu Faiz ada cerita tentang Kopi Mata kan. Kali ni entri yang lebih lanjut mengenai Kopi Mata Pertama Di Dunia iaitu Kopi Mata Cen Roma.




Untuk pengetahuan semua, setiap paket Kopi Mata Cen Roma mengandungi 0.34% Flora Glo Lutein.


Apa itu Lutein?

Lutein kaya dengan karotenoid (b-karotena) iaitu nutrien yang penting untuk melindungi mata daripada cahaya UV. Litein boleh didapati di dalam kale, bayam, brokoli atau sayur-sayuran berwarna merah, jingga, kuning dan hijau. Mata di kawasan macula adalah terdiri daripada lutein. Ia melindungi kita dari cahaya berbahaya UV. Apabila badan tidak dapat menghasilkan lutein, ia akan berkurangan apabila kita meningkat usia. Jadi, penambahan tahap lutein melalui diet adalah penting seperti meminum Kopi Mata Cen Roma.


Kenapa pilih Flora Glo Lutein?

Flora Glo Lutein dipatenkan di Amerika Syarikat dan Kanada. Ia mempunyai proses pembersihan yang unik dan cukup inovatif dan digunakan di dalam ujian klinikal lebih daripada mana-mana lutein yang lain. Flora Glo Lutein diekstrak dari bunga Marigold Afican yang ditanam di Thailand dan India tanpa racun perosak.


3 Fungsi utama Lutein.

KARATENOID yang membantu merawat penyakit mata terutama AMD, katarak, rabun dan sangat baik untuk jantung.

ANTIOKSIDAN yang berfungsi seperti tentera untuk meneutralkan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.

SERAP CAHAYA BIRU iaitu melindungi kawasan macula dengan menapis cahaya biru. Biru adalah gelombang cahaya UV seperti UVB, UVA dan UVC yang dihasilkan oleh komputer, televisyen, telefon bimbit dan lain-lain.


>>> Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa anda perlu mendapat 10mg lutein seharian untuk menjaga kesihatan mata.


Kopi Mata Cen Roma baik untuk penyakit mata seperti :-

  • AMD (umur berkaitan degenerasi macula)
  • Mata berair
  • Mata pedih
  • Mata kabur
  • Mata silau
  • Rabun dekat
  • Rabun jauh
  • Katarak
  • Mata gatal
  • Migrain
  • Gout
  • Sakit jantung
  • Kanser
  • Diabetes
  • Alzheimer


Sekotak Kopi Mata Cen Roma mengandungi 15 paket dan berharga RM60 tidak termasuk pos. Sekiranya anda berminat dengan kopi mata ini boleh SMS/WhatsApp/Telegram : 012-9771902. Sekian.


Jom usha tablet baru --> SINI


Yang menaip,

Khasiat Buah Betik Untuk Ibu Hamil



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.






 Buah betik atau dalam bahasa Inggerisnya ialah papaya merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Kalium, riboflavin, kalsium, tiamin dan zat besi. Namun, adakah buah betik sesuai atau baik untuk ibu yang hamil?


 Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat kesan makanan kepada wanita mengandung, tidak terkecuali buah betik. Kajian menunjukkan bahawa buah betik yang mentah atau belum cukup matang mengandungi konsentrasi latex atau getah yang tinggi manakala buah betik yang sudah matang dan masak mengandungi hampir sifar latex.


 Komponen utama getah atau latex betik ialah papain dan chymopapain yang mengandungi teratogenic ( perkembangan psikologi yang tidak normal) dan kesan abortifacient (penyebab keguguran). Ia menyebabkan peluang berlakunya kontraksi pada rahim di mana papain bertindak sebagai prostaglandin dan oxytocin. Kedua-dua komponen ini digunakan oleh ibu dalam proses melahirkan anaknya dan sekaligus memberi kesan negatif kepada ibu mengandung dan anak dalam kandungan. Latex dari buah betik juga penyebab oedema dan haemorrhagic placentas (plasenta berdarah). Ini akan menyebabkan berlakunya kelahiran pra-matang.


 Walau bagaimanapun, betik yang sudah cukup masak kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat tetapi dalam kuantiti yang sederhana.




 HOT


Yang menaip,

Terapi Warna Dalam Perubatan.



Assalamualaikum.


Warna memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian kita. Tanpa warna hidup tidak akan ceria. Jom baca apa kesan warna-warna tersebut terhadap diri anda.






Merah - membantu meningkatkan tenaga dan rangsangan. Bahkan ia dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dan radang.


Oren - merangsang semangat dan ketenangan. Bahkan ia membantu mengatasi masalah berkaitan pencernaan misalnya kejang perut dan kejang akibat haid. Untuk ibu yang menyusukan bayi, warna oren dipercayai boleh merangsang kilang susu dan menambahkan pengeluaran susu.


Kuning - Sebagai terapi, kuning membantu menyihatkan sistem pemcernaan dan sistem saraf. Bahkan warna ini juga mampu menaikkan selera.


Hijau - Warna ini dikatakan mampu membantu keseimbangan keseluruhan tubuh. Pakar terapi warna sering menggunakan warna hijau sebagai perangsang otak dan juga berfungsi untuk mendapatkan kesan yang menenangkan.


Biru - Biru adalah warna yang merangsang kecerdasan. Kebanyakan keluarga akan mengecat bilik keluarga dengan warna biru kerana ia membantu komunikasi yang lebih berkesan.


Indigo - Seperti hijau, indigo juga mempunyai kemampuan untuk menenangkan. Oleh sebab itulah warna ini sangat disaran untuk bilik tidur kerana ia membantu tidur yang lebih nyenyak.


Violet - Ia dikatakan membantu untuk menceriakan. Warna ini juga dikatakan merangsang ketenangan dan relaksasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...