Aku yang emosi

Entah mengapa kehadiran wajah itu membuatkan aku merasa sesuatu. Satu perasaan yang tak dapat dihapuskan sejak kebelakangan ni. Sejak kejadian itu aku mula menjadi seseorang yang begitu mudah berperasaan sedemikian. Aku benci dengan perasaan ni. Dulu, aku tak pernah begini. Hatiku sentiasa berprasangka baik.

Entah la.. Aku slalu memujuk hatiku supaya tidak berfikir yang bukan2 tapi kenapalah ujian ni datang pada aku. Aku takut tak dapat nak menghadapinya nanti.

Disebabkan itu aku lebih suka bermain dengan kursor. Bergerak mengikut rentak hatiku. Di samping itu aku mula membaca novel, hobi aku suatu masa dulu. Membaca membuatkan aku lebih tenang dan tidak memikirkan tentang perkara itu.

Kehidupan tidaklah semudah yang disangkakan. Selagi belum menutup mata pasti roda kehidupan akan sentiasa berputar. Berputar untuk mencari mangsa yang gagal dalam hidup. Aku benci dengan setan2 yang sentiasa menghasut aku supaya berfikir dan bertindak melulu. Setan, kau memang jahat. Memang layak tempat kau di neraka.

Semoga segalanya akan berakhir dengan baik dan happy ending. Terlalu banyak berfikir membuatkan aku tidak ceria dan sentiasa moody. Teruk benar perangai aku. Aku rindukan zaman di maktab bersama kawan2 yang otak gila2. Ponteng kuliah lepas tu pergi kantin kantoi dengan lecturer. Boleh pulak dia cam aku. Glemer la jugak aku ni ye. Ponteng kuliah lagi balik asrama masuk ikut longkang belakang di mana pagarnya telah dipotong dengan playar. Aku ke tu? Memang nakal kan. Curi2 keluar dari kampus pegi bandar dengan kawan2 yang gila2 remaja sampai kena kejar dengan pak guard. Rindu kat pakcik tersebut. Sudah pencen ke belum agaknya? Suka ajuk cakap lecturer yang sentiasa speaking takleh blah. Mintak maaf mama Liza. But i like u coz u make my english better and better. Yeke? Selalu menganyam ketupat Miss Goh, lecturer Bimbingan dan Kaunseling sebab terlalu serabut bila tengok dia. SERABUT !! Paling takleh blah bila ada senior yang tak suka aku. Ape ke hal? Tibe2 je nak carik gadoh. Kat mane la kau sekarang ek KEPALA BESAR?

Pendek kate aku memang rindu gile2 saat2 manis tu. Kalaulah masa boleh berpatah balik alangkah seronoknya.. But, impossibble. Ape pon life must go on. I can do it ! Cayok !


Suam-suam kuku

Assalamualaikum... Waaa... Selamat Hari Raya sumer... Mood raye masih menebal lagi ni. Disebabkan sudah hampir seminggu tak meng'online'kan diri aku jadi macam blur pulak. Huhu. Tak tau nak cakap pe kat sini.

Last2 ini yang aku buat. Edit gambar. Huuuu~~~


gambar anak aku yang sedang tido berwarna manakala gambar aku berwarna hitam putih. saje nak fokus kat anak aku. Huuuhu..

Follower ke 111 :: TQSM

Assalamualaikum....

Sejak aku join segmen kat satu blog ni, follower aku semakin bertambah. Walaupon takde la seramai mana tapi aku seronok dan happy sangat2. Ihiks..

Terima kasih banyak2 kepada mereka2 yang sudi follow blog saye ni. Walaupon masih hijau tapi anda masih mahu memberi saye peluang. Tak macam sesetengah blogger tu, tak sudi nak follow bila tengok bilangan follower yang sedikit. Takde pengaruh la kononnye tu...

111... Itulah nombor bertuah untuk kali ni. Dan pemenangnya ialah Encik Mohd Yunus. Kamsahamnida incek. Semoga anda diberkati. Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...