Review Novel Suamiku Tak Romantik, Tapi Autistik - Farisha Imani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Di malam yang hening ini izinkan Cikgu Faiz merepek sekejap. Huhu. Nampak tak gambar di atas ni? Dah baca tak novel tu? Rugi kalau ada yang belum baca (bagi pencinta novel macam Cikgu Faiz ni). Hee... Novel ni dari Penerbitan Karya Seni Sdn. Bhd. Boleh tahan juga novel-novel keluaran ni sebab sebelum ni Cikgu Faiz hanya membaca novel keluaran Alaf 21 sahaja. Nak tahu tak macam mana jalan cerita novel ni? Kalau tak nak tahu tu tak apalah. Yang nak tau tu jom baca.


Novel Suamiku Tak Romantik, Tapi Autistik ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nura Alia. Nura Alia seorang gadis periang dan 'happy go-lucky' mendapat kerja sebagai seorang pengintip (spy) kepada seorang lelaki kaya iaitu Syed Azmi. Manakala Syed Azmi pula seorang kaki perempuan yang berpura-pura mencintai Nura Alia. Malang tidak berbau apabila Nura Alia nyaris-nyaris menjadi mangsa rogol Syed Azmi. Akibat dari insiden itu Nura Alia menyimpan dendam terhadap Syed Azmi dan dia bertekad untuk membalas dendam terhadap Syed Azmi melalui keluarganya.


Nura Alia berjaya masuk ke dalam keluarga Syed Azmi dengan menjadi pengasuh abang Syed Azmi iaitu Syed Azwan a.k.a Boboy seorang pengidap autistik. Setiap hari Nura Alia akan membuli Boboy di luar pengetahuan majikannya itu. Nura Alia juga sering menggelarkan Boboy 'budak sengal tak cukup seringgit'. 


Malang tidak berbau lagi apabila Nura Alia ditangkap berkhalwat bersama dengan Boboy. Ini semua berpunca daripada Syam yang 'alim-alim kucing'. Nura Alia terpaksa berkahwin dengan Boboy atas desakan abahnya yang garang. Kedua-dua belah keluarga pula berasa pelik dengan tindakan abah Nura Alia yang bertegas untuk mengahwinkan anaknya dengan lelaki autistik seperti Boboy. 


Bermulalah episod baru dalam diri Nura Alia setelah menjadi isteri kepada Boboy 'budak sengal tak cukup seringgit' itu. Bermacam kisah suka duka mereka hadapi ketika berbulan madu ke Terengganu. Hari-hari mengadap kerenah Boboy membuatkan Nura Alia mula jatuh cinta dengan suaminya itu. Nura Alia ingin melenyapkan misinya untuk membalas dendam terhadap Syed Azmi memandangkan dia telah jatuh cinta dengan suaminya sendiri.


Setiap rahsia itu akhirnya pasti akan terbongkar juga. Keluarga mentua Nura Alia telah mengetahui bahawa Nura Alia hanya ingin membalas dendam terhadap keluarganya. Tapi, ada rahsia yang lebih besar lagi disembunyikan di rumah itu..... Apakah ia?? Hehe. Nak tahu, kena la beli dan baca sendiri. Hehehe. Cikgu Faiz pon tak habis baca lagi ni. Tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni. Hari-hari dok mengadap buku je. Huhuhu.


KLIK KLIK !!


With love..,

Latar belakang, sejarah disleksia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my


Pada tahun 1878, seorang ahli fizik berbangsa Jerman, Dr. Kussmaul mencatatkan mengenai seorang lelaki yang mempunyai kecerdasan normal, tetapi tidak dapat membaca. Beliau menamakan keadaan ini sebagai 'buta membaca' (reading blindness) (Selikowitz, 1993). Sembilan tahun kemudian, tokoh pertama yang dikenal pasti menggunakan istilah disleksia ke atas pesakitnya ialah seorang ophthalmologist yang bekerja di Stuttgart pada tahun 1887. Catatan seterusnya mengenai disleksia direkod dalam British Medical Journal pada tahun 1896, di mana Dr. Pringle Morgan, seorang doktor di Sussex menulis artikel mengenai seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Percy yang bijak dan cerdas, dapat menguasai permainan dengan cepat dan tiada sebarang kekurangan berbanding rakan yang lain, tetapi tidak berupaya mengeja. Dia mengeja namanya sendiri sebagai 'Precy' (Pumprey dan Reason, 1991).


Seorang ahli neorologi, Samuel T. Orton merawat dan membuat kajian ke atas kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran semenjak tahun 1925. Beliau memeriksa 125 orang kanak-kanak dan merekod ciri-ciri yang berkaitan dengan masalah pembacaan mereka. Beliau juga mengkaji post mortem otak manusia. Orton memperkenalkan istilah 'ketidakupayaan membaca yang spesifik' dalam kajiannya dan mencadangkan bahawa punca kesukaran itu adalah proses lateralization yang tidak sempurna dalam hemisfera-hemisfera otak. Menurut beliau, pemulihan keadaan ini memerlukan cara pengajaran yang khusus (Ott, 1997). Orton menyuarakan hak dan keperluan pesakitnya dan menekankan ia merupakan, "faktor biasa penyebab kegagalan pendidikan awal" (Geshwind, 1982).


Orton merupakan antara ahli perubatan pertama mengaitkan pendidikan dengan neurologi pediatrik. Susulan dari kegigihannya, Persatuan Disleksia Orton ditubuhkan oleh rakan-rakan dan penyokongnya bagi meneruskan kerja-kerja beliau (Snowling dan Stackhouse, 1996).


Dalam tahun 1930-an, Anna Gillingham, pembantu penyelidik Orton mencipta satu kaedah mengajar kanak-kanak disleksia. Gillingham dan seorang guru bernama Bessie Stillman mencipta teknik-teknik pengajaran pelbagai-deria bagi membantu kanak-kanak disleksia yang dikenal pasti oleh Orton. Sistem ini sudah digunakan secara meluas dan menjadi asas kepada banyak program pengajaran seterusnya (Ott, 1997; Hornsby & Shear, 1993; Gearheart, 1973)


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




With love..,

Garisan bergetar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Di akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan bergetar sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan bergetar.
  3. Menghasilkan garisan bergetar secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bergetar.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan wayar lembut yang senang dibentuk.

Persediaan guru : Menyediakan wayar lembut yang senang dibentuk dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru membuat demonstrasi membentuk wayar menjadi garisan bergetar.
  3. Edar wayar lembut kepada setiap kanak-kanak untuk membentuk garisan bergetar.
  4. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  5. Guru membuat demonstrasi melukis garisan bergetar berdasarkan bentuk yang dihasilkan daripada wayar lembut.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain wayar lembut yang senang dibentuk, guru juga boleh menggunakan tali atau benang untuk membentuk garisan bergetar serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan bergetar melintang, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan bergetar menegak bersama kanak-kanak.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan bergetar.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




With love..,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...