Banner Baru Di Blog DingDang



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Dah lama Cikgu Faiz berangan nak buat banner guna photoshop. Hehe. Kalau sebelum ni banner di blog ni tersangat la simple sebab masa tu Cikgu Faiz tak berapa pandai nak godek-godek. Itu pon belajar buat dari satu blog tu. Dah lupa blog siapa tapi guna photoscape je masa tu. Takpe. Biar bertambah sikit ilmu mengedit ni. Hehehe.


Kalau korang lihat di bahagian sidebar, Cikgu Faiz dah tukar banner yang baru ni. Hehe. Teruja sungguh rasanya. Inilah hasil tangan Cikgu Faiz buat banner blog menggunakan photoshop yang susah tu ^ ^ Tapi kan, Cikgu Faiz ada sedikit kemusykilan... Kenapa banner yang Cikgu Faiz letak di sidebar ni kabur ya? Itu saja kemusykilannya. Hehehe. 



Banner baru ^ ^



Banner lama ^ ^


Apa pendapat korang mengenai kedua-dua banner di atas? Lupa pulak nak bagitau yang Cikgu Faiz belajar buat banner ni di blog Lyssa Faizureen.




Salam sayang,

Colmar Tropicale Bukit Tinggi



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Setelah enam hari berada di kampung halaman kini tibalah masanya untuk kembali semula ke kota Puchong ini. Tak puas rasanya berada di kampung kerana tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan disebabkan oleh hujan yang turun secara berterusan. Sekarang ni musim hujan di Pahang kot. 


Hari Rabu yang lepas Cikgu Faiz ada update gambar tentang sesuatu tempat kan. KAT SINI YE. Susulan dari gambar tersebut ada juga yang bertanya lokasinya di mana. Hari ni baru dapat berkongsi dengan korang semua. Inilah salah satu tempat menarik yang ada di Bentong, tempat kelahiran Cikgu Faiz. Ramai di kalangan pengunjung yang datang singgah ke sini sebab jalan masuk ke tempat ini dari KL nak ke Raub / dari Raub nak ke KL. Kira dua-dua pon boleh. Asal lalu je boleh terus naik ke atas ni.


Jom layan gambar-gambar di bawah ini.... 



>BERJAYA HILLS RESORT / COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI<


Ini masa nak naik. Mula-mula tu clear je. Tak lama lepas tu, aikkk... boleh pulak jam. Hehehe. 




Pandangan belakang dari cermin sisi. Ramai lagi yang beratur kat belakang tuuu..




Rupa-rupanya jalan jam sebab nak bayar tiket masuk. Huhu. Oh ya, untuk dewasa harga tiket RM12. Manakala kanak-kanak 3 tahun ke atas RM8. Faqih macam biasa la free of charge ^ ^. Kenapa ada tiga tiket? Cikgu Faiz pergi dengan Encik Suami dan adik lelaki.




Ini kat tempat parking. Sebelum turun tu berposing dulu di samping pemandangan yang cantik dengan kabus yang agak tebal. Dingin je...




Giliran Cikgu Faiz dan Faqih pula. Tengok tu. Faqih buat muka tak puas hati.




Faqih dan Pak Usu dia. Susah betul nak pandang kamera.




Bergambar dengan kuda 1 Malaysia. Hehe. Suka la pulak Faqih ^ ^. Nak suruh dia naik atas kuda? Memang dia takkan naik sebab takut. Huhuhu.




Faqih tayang kakinya yang seksi. Hehe.




Faqih yang tak reti duduk diam apabila bergambar sampai gambar pon jadi blur. Huhuhu.




Seperti berada di kota Perancis. Ramai jugak pelancong luar datang ke sini.




Tengah dok order kopi boleh pulak Faqih tertidur di samping Pak Usu dia. Nak kata penat berjalan tidak sebab asyik berdukung je. Hehe.




Lepas makan dan minum. Faqih masih nyenyak tidur. Mentang-mentang la sejuk ^ ^




Dengan Encik Suami dan Faqih yang sedang tidur ^ ^




Dengan adik yang selalu jaga Faqih. Hehehe. Pak Usu kesayangan ni...




Encik Suami tak nak turun sebab tak larat katanya. Hehehe. 




Turun bawah semata-mata nak bergambar dengan swan ni je. Hehehe. Lagi seekor dah lari pulak.



Tamat sudah sesi berjalan di Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Kepada yang berada berhampiran dengan lokasi ni atau on the way nak ke Bentong atau KL boleh la singgah dulu. Nanti Cikgu Faiz update Japanese Village pulak. Masih di Bukit Tinggi ^ ^




Salam sayang,

Aktiviti Masa Lapang



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.





Amboi... bukan main kusyuk lagi anak bujang Cikgu Faiz menulis ya. Sekarang ni hobi Faqih Hakim ialah menulis. Tulis pula tak main guna pensel tapi guna pen. Hehehe. Itulah Faqih yang suka sangat menulis. Masa mengandungkan Faqih dulu Cikgu Faiz memang asyik menulis je kerjanya. Balik rumah pon menulis. Huhuhu. Itu yang terkenan dek Faqih tu. Apa pun Cikgu Faiz bersyukur sangat sebab Faqih dah offer dirinya untuk menulis sebelum disuruh untuk menulis. Huhuhu. Biasa la budak lagi, kerjanya menconteng je. Kalau korang baca nota INI tahu la kenapa budak-budak suka menconteng. Ini merupakan perkembangan motor halus kanak-kanak macam Faqih. Nak kasi lembut jari-jemari tu sebelum didedahkan dengan perkara-perkara lain seperti melukis dan menulis huruf.


Kalau tengok dekat dinding rumah tu memang banyak hasil seni Faqih. Hehe. Dah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan Faqih dari menconteng dinding tapi asal terlepas pandang je dia conteng. Huhuhu. Siap dengan lantai sekali dia conteng. Hehe. Nasib baik kesan tu boleh hilang. Sekarang ni Faqih dah tahu nak minta kertas / buku dan pensel / pen. Kalau dia dah minta secara baik tu kena la bagi sebab kalau tak dapat memang dia akan memberontak. Kalau dekat rumah tu mesti ada stok pensel dan pen untuk Faqih. Kertas pon sama. Kalau ada kertas yang tersilap print tu Cikgu Faiz akan simpan untuk kegunaan Faqih menconteng. Hehe. Nasib baik la abah Faqih ada stok buku-buku lama yang dah tak guna. Boleh la bagi Faqih menjalankan aktiviti menulisnya.


P/S : Tak lama lagi genab la tiga tahun usia Faqih ^ ^ Tak sabar nak beli kek untuk Faqih.




Salam sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...