Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak | Perkembangan Psikomotor



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com


Komponen ini menumpukan pada pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak taska, tadika dan sekolah rendah secara sihat, selamat, ceria, memupuk keyakinan diri dan personaliti yang baik. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti fizikal dengan yakin. Ia meningkatkan kemahiran motor, menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan serta meningkatkan kemahiran motor halus. Contohnya dengan pergerakan jejari dan menggunakan alat muzik tertentu.


Muzik Menggalakkan Pernyataan Kendiri

Pengalaman awal kanak-kanak adalah penting bagi perkembangan emosi dan intelek kanak-kanak. Kanak-kanak yang mencapai perkembangan emosi yang baik akan membentuk personaliti yang tenang, ceria, berkeyakinan tinggi dan cemerlang. Pada peringkat awal umur, kanak-kanak tidak mampu untuk meluahkan perasaan mereka melalui kata-kata. Muzik membolehkan mereka meneroka pelbagai perasaan.


Muzik boleh menyediakan peluang untuk kanak-kanak melahirkan dan menyatakan fikiran. Kanak-kanak berpeluang untuk menyatakan, memperhalus dan membentuk emosi yang stabil dan lebih matang.


Muzik Membantu Kanak-Kanak Mempelajari Nombor

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak membina pemahamannya berdasarkan tindak balas mereka dengan objek, interaksi dengan orang lain, tindak balas persekitaran atau pengalamannya setiap hari (kematangan). Kanak-kanak mudah mengingat nombor-nombor melalui lagu yang sering dinyanyikan. Proses ini berlaku secara semulajadi dan penuh keseronokan tanpa melalui paksaan. Kanak-kanak boleh mempelajari nombor dengan lebih baik dan cepat daripada kanak-kanak yang lain. 


Muzik Meningkatkan Kemahiran Sosial

Pada peringkat pra operasi, kemahiran sosial kanak-kanak semakin meningkat. Kanak-kanak sudah pandai menggabungkan perkataan dan membentuk ayat. Kanak-kanak suka berinteraksi dan bercerita. Muzik dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membentuk kemahiran-kemahiran sosial dan sensitiviti pada manusia dan persekitaran. Kanak-kanak belajar bekerjasama dan memahami peraturan serta persefahaman nilai di dalam kumpulan mereka. Kanak-kanak boleh belajar membentuk tingkah laku yang baik dan membina hubungan yang harmoni bersama rakan sebaya.

Justeru, kanak-kanak akan belajar memberi respon yang sesuai dan menunjukkan perasaan dengan cara yang baik dan saling menghormati rakan-rakan sebaya. Ia turut membantu kanak-kanak memahami keperluan diri sendiri serta orang lain, menghormati kebudayaan dan kepercayaan sendiri dan orang lain.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

3 comments:

Dayang Deno said...

adam banyak menyanyi sejak masuk tadika :)

sHaRiNa eLyaNa said...

bestla nyanyi2 ni..kanak2 suka :)

sHaRiNa eLyaNa said...

dpt ja vaucher nnt trus p popular kan..hehe..done

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...