Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Kembali Menggila Dengan Koleksi Novel Terbaru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 15 Mei 2015


Seronok sangat sebab internet sudah laju seperti biasa. Yahuuu.... !! Kalau ikutkan malam tadi dah laju kira-kira pukul 2 pagi macam tu. Ingat nak update sekejap tapi teringat pulak jam 5.30 pagi nak bangun semula terus tak jadi nak update. Hahaha. Nanti ada pulak yang terbabas. Naya je tau. Huhu. Takpe, cuti dua hari ni Cikgu Faiz akan cuba manfaatkan masa yang ada dengan blog ini. Cewahhh...




Wahhhh !! Nampak tak koleksi novel terbaru Cikgu Faiz tu? Hihi. Semuanya novel yang telah diadaptasi ke drama. Sekarang ni Cikgu Faiz hanya target untuk membeli novel adaptasi je. Sebab apa? Sebab dekat dalam tv memang tak dapat nak tengok jadinya Cikgu Faiz hanya mampu membaca sahaja lah. Huhu. Sadis tak sadis la kan.


Buat masa ni novel yang telah siap dibaca ialah Asam Pedas Untuk Dia dan Bila Hati Berbicara. Tak rugi beli memang terbaik sangat jalan ceritanya tau. Haha. Siap promote lagi.






Taraaa !!! Akhirnya jumpa jugak novel yang tengah meletup-letup di kaca tv beberapa bulan yang lalu. Teman Lelaki Upahan, lama jugak Cikgu Faiz mencari novel ni akhirnya jumpa jugak di kedai buku Popular di IOI Mall Puchong. Kalau korang nak tahu, kesemua novel ni Cikgu Faiz beli dengan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia je. Hihihi. Apa lagi gunakan kesempatan yang ada dengan menyimpan stok novel. Nanti bila-bila masa pon boleh baca terutama bila dah siap assignment dan peperiksaan. Huhu.


Oh ya, antara kesemua novel di atas, Cikgu Faiz baru berkesempatan menaip review novel Asam Pedas Untuk Dia. Korang boleh baca review novel tersebut dengan klik tajuk di bawah. Sekian.


p/s : Target seterusnya ialah novel Hati Perempuan...




Yang menaip,

Hannani Si Ulat Buku?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 13 April 2015


Alhamdulillah hari ni Cikgu Faiz berkesempatan lagi untuk update blog ni. Hannani tertidur awal malam ni jadi boleh la update sekejap sebelum menyiapkan assignment. Dah lama rasanya Cikgu Faiz tak update aktiviti anak-anak di blog ni. Sekarang ni abang Hakim dan berusia 4 tahun 10 bulan manakala Hannani pula setahun 4 bulan. Hannani ni dia suka ikut apa yang abang dia buat. Nak tahu apa yang Hannani suka sangat buat tu? Layan je gambar-gambar ni.




Hannani sekarang ni suka sangat baca buku. Nampaknya dia sudah mula terikut-ikut dengan perangai abang dia masa kecik-kecik dulu. Cikgu Faiz pon suka sangat bila Hannani sudah mula menunjukkan minatnya terhadap buku. Tengok la tu. Kusyuk sangat baca buku dengan abang dia walaupun gelagat budak dua orang tu macam faham je apa yang tertulis di buku tu. Huhuhu. Kalau abang dia tak bagi tengok mula la Hannani menjerit dan menangis. Itu je la modal dia sekarang ni. Hihi.






Bila abang dia sibuk belajar, Hannani pon mesti nak menyibuk jugak. Konon konon dia pon sibuk jugak la tu. Huhuhu. Macam dah besar sangat nampak gayanya. Hihi. Hannani ni suka buku macam orang dah sekolah tau. Tak main la buku-buku kosong yang boleh conteng-conteng tu. Dia nak buku macam abang dia jugak. Huhuhu. Kusyuk je dia baca buku abang.





Masa ni Hannani tak dapat nak mengacau abang dia sebab buat dekat atas meja. Cuba kalau dekat bawah tu dah selamat dah tu. Dia pon nak buat kolaj jugak. Hihihi.






Yeye je kan gaya Hannani. Buku komik tu pon dah lunyai dikerjakan anak dara tu. Hihi. Banyak jugak yang dah terkoyak. Lepas tu rajin pulak pergi buang dalam tong sampah. Anak anak. Huhuhu. Buat bonda tersenyum je tengok gelagat Hannani ni. Moga-moga bila besar nanti pon Hannani akan sukakan buku dan rajin membaca seperti ini sama seperti abang Hakim.


P/S : Dulu masa Cikgu Faiz mengandungkan Hannani memang hari-hari tengok buku. Mana taknya, waktu bekerja dah memang bergelumang dengan buku. Masa cuti sibuk baca novel pulak. Itu yang sedikit sebanyak Hannani pon dok terikut-ikut tu. Hihi.


Yang menaip,

Hannani Ada Hobi Baru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 26 Februari 2015


Nak tahu tak? Sekarang ni anak dara Cikgu Faiz dan ada hobi baru di kampung. Hobinya ialah bermain masak masak. Hihi. Nak dijadikan cerita, Hannani ni memang pantang tengok orang dekat dapur. Mula la dia nak menyibuk sama. Huhu. Nenek dia pon apa lagi terus bagi besen dan senduk terus Hannani berjalan ke ruang tamu. Huhu. Selamat la dapur tidak dikemas oleh Hannani.





Senyap je dapat main sorang sorang tapi selalunya tak lama sebab abang Hakim suka sangat mengacau adik. Tak senang hati kalau tak tengok adik menangis. Huhu.




Yang ni gambar diambil secara curi curi. Hihi. Siap tolong mak masak di dapur Cikgu Faiz jenguk ke ruang tamu tengok tengok takde pulak Hannani. Rupa-rupanya dekat sini tengah main masak masak. Huhu. Sejak dah pandai berjalan ni Hannani memang suka buat hal sendiri. Nampaknya lepas ni bonda kena belikan mainan masak masak untuk Hannani. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...