Disleksia dan otak kita (part 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ini merupakan sambungan dari entri DISLEKSIA DAN OTAK KITA (PART 1)...




Di sebelah kiri, pembaca normal mengaktifkan sistem saraf yang kebanyakannya terletak di belakang hemisfera kiri otak (bahagian yang gelap); gambarajah sebelah kanan menunjukkan otak pembaca disleksia, bahagian itu kurang diaktifkan, sebaliknya bahagian hadapan hemisfera kiri otak yang lebih aktif.


Walaupun sudah dijelaskan bahawa disleksia berlaku kerana terdapat perbezaan dalam struktur dan fungsi otak tetapi tidak bagitu pasti apa sebenarnya punca masalah disleksia. Kita hanya tahu bahawa disleksia adalah satu masalah keturunan dan dapat dikaitkan dengan kromosom 6. Walau apa jua disleksia, kita sebagai ibu bapa atau pun guru harus menerima situasi ini dan menumpukan lebih perhatian terhadap anak kita yang mempunyai otak yang berlainan, berbakat dan produktif, tetapi perlu menggunakan kaedah belajar yang tersendiri.


Keletihan adalah satu masalah besar yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia. Ini kerana mereka terpaksa menumpukan sepenuh usaha belajar bersama rakan-rakan yang normal. Oleh yang demikian, mereka lazimnya amat letih daripada segi mental dan fizikal apabila pulang dari sekolah. Para ibu bapa perlu mengambil berat aspek ini dengan memastikan mereka mendapat rehat yang secukupnya sebelum mengikuti aktiviti lain seperti kelas tuisyen dan seumpamanya.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,

2 comments:

Athirah said...

kdg2, parents xsedar yg anak dorang sakit, spc. yg duk kat kampung kan?

Dingdang said...

@trah zain
Betul tu. Guru la kena sentiasa peka dengan keadaan diorang. Tapi ada gak parent yang tak boleh terima hakikat sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...