Latar belakang, sejarah disleksia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my


Pada tahun 1878, seorang ahli fizik berbangsa Jerman, Dr. Kussmaul mencatatkan mengenai seorang lelaki yang mempunyai kecerdasan normal, tetapi tidak dapat membaca. Beliau menamakan keadaan ini sebagai 'buta membaca' (reading blindness) (Selikowitz, 1993). Sembilan tahun kemudian, tokoh pertama yang dikenal pasti menggunakan istilah disleksia ke atas pesakitnya ialah seorang ophthalmologist yang bekerja di Stuttgart pada tahun 1887. Catatan seterusnya mengenai disleksia direkod dalam British Medical Journal pada tahun 1896, di mana Dr. Pringle Morgan, seorang doktor di Sussex menulis artikel mengenai seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Percy yang bijak dan cerdas, dapat menguasai permainan dengan cepat dan tiada sebarang kekurangan berbanding rakan yang lain, tetapi tidak berupaya mengeja. Dia mengeja namanya sendiri sebagai 'Precy' (Pumprey dan Reason, 1991).


Seorang ahli neorologi, Samuel T. Orton merawat dan membuat kajian ke atas kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran semenjak tahun 1925. Beliau memeriksa 125 orang kanak-kanak dan merekod ciri-ciri yang berkaitan dengan masalah pembacaan mereka. Beliau juga mengkaji post mortem otak manusia. Orton memperkenalkan istilah 'ketidakupayaan membaca yang spesifik' dalam kajiannya dan mencadangkan bahawa punca kesukaran itu adalah proses lateralization yang tidak sempurna dalam hemisfera-hemisfera otak. Menurut beliau, pemulihan keadaan ini memerlukan cara pengajaran yang khusus (Ott, 1997). Orton menyuarakan hak dan keperluan pesakitnya dan menekankan ia merupakan, "faktor biasa penyebab kegagalan pendidikan awal" (Geshwind, 1982).


Orton merupakan antara ahli perubatan pertama mengaitkan pendidikan dengan neurologi pediatrik. Susulan dari kegigihannya, Persatuan Disleksia Orton ditubuhkan oleh rakan-rakan dan penyokongnya bagi meneruskan kerja-kerja beliau (Snowling dan Stackhouse, 1996).


Dalam tahun 1930-an, Anna Gillingham, pembantu penyelidik Orton mencipta satu kaedah mengajar kanak-kanak disleksia. Gillingham dan seorang guru bernama Bessie Stillman mencipta teknik-teknik pengajaran pelbagai-deria bagi membantu kanak-kanak disleksia yang dikenal pasti oleh Orton. Sistem ini sudah digunakan secara meluas dan menjadi asas kepada banyak program pengajaran seterusnya (Ott, 1997; Hornsby & Shear, 1993; Gearheart, 1973)


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




With love..,

4 comments:

Dayang Deno said...

org yg mengidap disleksia sebenarnya ada kelebihannya tersendiri..

miss kecoh said...

teringat citee my name is khan..eh..tapi cite tu dia boleh je bace hehe..lame x singgah blog ni. baru ade kesempatan..baru abis stpm..yuhuu

Si Matatajam said...

Good info..Tq for sharing

Dingdang said...

@Si Matatajam
most welcome :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...